Skip to main content

Selebriti

Aqil Zulkiflee Syukur, Isteri Selamat Bersalin - “Dah Jadi Papa, Iliya Dah Jadi Mama”

Aqil Zulkiflee Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Perempuan

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan selamat bersalin cahaya mata pertama mereka.

Aqil menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang diberikan buat keluarga kecilnya itu.

Advertisement

“Alhamdulilah terima kasih semua yang doakan. 12 September 2025, baby girl kita selamat dilahirkan seberat 2.4kg. Aqil dah jadi papa, Iliya dah jadi mama,” coretnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan Aqil sedang tersenyum sambil mencium puterinya itu.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Aqil dan isterinya.

Selain itu, mereka juga turut mengusik Aqil dengan berkongsi pengalaman lucu menjaga anak ketika masih bayi.

Berikut merupakan video Aqil:

 

 Terdahulu, Aqil dan isterinya, Iliya berkahwin pada 20 Julai 2024.

 

Untuk info,  Aqil diminati kanak-kanak kerana sering berkongsi video berbentuk hiburan seperti demonstrasi alat permainan kanak-kanak, makanan, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Must-Watch Video

Advertisement