Skip to main content

Hiburan

Aqil Zulkiflee Tegur Individu Suka ‘Expose’ Aib Pasangan Di Media Sosial - “Aku Tak Backup Atau Salahkan…”

vd

Sekilas

  • Aqil Zulkiflee menegur trend mendedahkan aib pasangan di media sosial ketika berlaku perselisihan faham.
  • Beliau menegaskan masalah rumah tangga sepatutnya dikongsi dalam kalangan keluarga terdekat sahaja, bukan untuk tontonan umum.
  • Aqil menjelaskan perkongsiannya adalah nasihat umum tanpa memihak mana-mana pihak.

Pempengaruh dan pencipta kandungan YouTube, Aqil Zulkiflee menegur ‘trend’ segelintir individu yang gemar mendedahkan aib pasangan apabila berlaku perselisihan faham.

Menerusi satu hantaran di platform Thread, Aqil bependapat bahawa tindakan menghebahkan masalah rumah tangga ke media sosial hanya membuka ruang fitnah dan mengeruhkan keadaan.

“Trend sekarang ramai suka aibkan pasangan bila ada masalah dalam hubungan. Tak kira la masih bersama atau dah pisah, aib pasangan tetap kena jaga,” tulisnya.

Menurut Aqil lagi, urusan peribadi seharusnya dikongsi dalam kalangan keluarga terdekat sahaja, bukannya dijadikan tontonan umum.

“Kalau nak bagitahu pun cukup antara keluarga dan orang rapat, bukan cerita satu dunia,” katanya.

Selain itu, Aqil turut berkata perkongsian itu bukan untuk memihak mana-mana individu, sebaliknya sekadar nasihat umum buat semua pihak agar lebih bijak mengendalikan konflik.

“Aku tak backup atau salahkan sesiapa pun. Aku share je,” ujarnya lagi.

Must-Watch Video

Advertisement