Skip to main content

Hiburan

Ara Johari 'Tak Mampu' Tarik Tinggi Macam Dulu Selepas...

Ara Johari 'Tak Mampu' Tarik Tinggi Macam Dulu Selepas...

Sekilas

  • Ara Johari mengakui kemampuan vokalnya menurun selepas beberapa kali dijangkiti Covid-19 dan influenza, menyebabkan dia terpaksa menurunkan nada nyanyian.
  • Jangkitan influenza memberi kesan ketara pada suara Ara sehingga menjadi lebih kasar dan memerlukan masa pemulihan yang lama.
  • Ara memilih lagu bernada lebih rendah bukan sahaja kerana perubahan vokal, tetapi juga sebagai pendekatan baru dalam karya muziknya.
Advertisement

Penyanyi, Ara Johari mengakui kemampuan vokalnya tidak lagi sama seperti dahulu selepas beberapa kali dijangkiti Covid-19 dan influenza sehingga memberi kesan terhadap keupayaannya menyanyikan lagu bernada tinggi.

Menurut Ara, perubahan tersebut turut dipengaruhi faktor usia, selain pengalaman berdepan masalah kesihatan yang menjejaskan keadaan suaranya.

Advertisement

“Sejujurnya, ya! (ketawa). Apabila usia semakin meningkat, kemampuan vokal kita juga tidak semestinya sama seperti ketika remaja.

“Tambahan pula, Ara pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali dan influenza sebanyak dua kali.

“Selepas dijangkiti influenza, kemampuan vokal Ara benar-benar terjejas sehingga terpaksa menurunkan nada nyanyian sebanyak satu key berbanding dahulu,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Mengulas lanjut, pelantun lagu Paku itu berkata, jangkitan influenza memberikan kesan yang ketara terhadap suaranya sehingga menjadi lebih kasar berbanding sebelum ini.

Malah, Ara menjelaskan lagu Bunga yang pernah dinyanyikannya dengan nada lebih tinggi kini menjadi antara had tertinggi yang masih mampu dicapainya.

“Memang sangat memberikan kesan. Selepas dijangkiti influenza, suara Ara menjadi sangat kasar.

“Dahulu, Ara mampu mencapai nada yang lebih tinggi daripada lagu Bunga, tetapi sekarang lagu itu merupakan antara had tertinggi yang Ara masih mampu nyanyikan.

“Apabila mengalami sakit tekak, keadaan itu turut menjejaskan pita suara. Jadi, apabila pita suara mengalami kerosakan, memang sukar untuk mencapai nada tinggi seperti dahulu,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ara mendedahkan proses pemulihan suaranya juga mengambil masa yang agak panjang setiap kali berdepan masalah kehilangan suara.

“Kalau Ara kehilangan suara, proses pemulihannya memang mengambil masa lama. Kadang-kadang sampai tiga atau empat bulan Ara tidak mempunyai suara seperti biasa.

“Jadi, Ara mula memikirkan kemampuan vokal untuk jangka masa panjang. Contohnya, lagu Bunga mempunyai nada yang sangat tinggi. Ara sendiri tidak tahu sama ada 20 tahun lagi Ara masih mampu menyanyikan lagu itu dengan nada asal. Mungkin ketika itu Ara terpaksa menurunkan key,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ara turut menjelaskan pemilihan lagu bernada lebih rendah, termasuk lagu Menjaga Jodoh Orang Lain, bukanlah semata-mata disebabkan perubahan kemampuan vokalnya.

Sebaliknya, keputusan itu juga sebahagian daripada perancangannya untuk mencuba pendekatan berbeza menerusi karya baharu, selain memilih lagu yang selesa untuk dibawakannya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads mendakwa Ara memilih untuk melancarkan lagu-lagu galau kerana tidak lagi mahu menyanyikan lagu bernada tinggi, selain didakwa sudah penat membawakan lagu dengan nada sedemikian.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement