Skip to main content

Hiburan

Ariel Fesol & Rizal Rasid Kongsi Detik Manis Tonton Konsert GenKRU - “Mereka Salah Satu Contoh…”

VIU

Anggota kumpulan Alpha, Ariel Fesol dan Rizal Rasid meluahkan rasa bangga serta terharu apabila berpeluang bekerja di bawah arahan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim untuk drama terbaharu iaitu Satu Dua Dia.

Menurut Ariel, ditambah dengan untuk peluang menonton konsertnya secara langsung di Bukit Jalil baru-baru ini sememangnya memberikan pengalaman yang sangat manis dalam hidupnya.

“Saya rasa sangat happy bila dapat bekerja dengan dia sebagai pelakon di bawah arahan dia. Kemudian dapat pula pergi tengok dia perform dekat konsert dia sendiri.

"Dia memang salah satu idola dalam karier saya. So saya happy, happy sangat-sangat," katanya.

Ariel turut mengakui perjalanan kumpulan KRU menjadi inspirasi besar kepada kumpulannya, Alpha, khususnya dari segi disiplin, karya dan kecemerlangan dalam industri.

“Of course, saya rasa KRU tu memang salah satu contoh yang terbaik. Untuk kami dalam Alpha ia adalah contoh paling dekat dan paling baik memang KRU. Apa sahaja jalan terbaik dan positif daripada perjalanan KRU, mungkin kita boleh terapkan dalam Alpha," tambahnya.

Sementara itu, Rizal Rasid turut berkongsi rasa bertuah apabila dapat menyaksikan sendiri persembahan Datuk Yusry bersama adik-beradiknya di konsert GenKRU: The Finale.

“Untuk saya, itu satu penghargaan dapat witness pengarah kami, Datuk Yusry Abdul Halim, membuat konsert bersama adik-beradik dia di Bukit Jalil hari tu. It’s an honour sebab KRU adalah salah satu group yang sangat legend dekat Malaysia.

"Bukan sahaja Malaysia, satu nusantara rasanya mengenali KRU.” kata Rizal. 

Sekadar info, Rizal dan Ariel berpeluang untuk membintangi drama terbaharu Viu iaitu Satu Dua Dia. 

Selain Ariel dan Rizal, drama arahan Datuk Yusry Abd Halim ini turut dibintangi oleh Zarif Ghazzi, Afiq Hamidon, Erysha Emyra dan Nasz Sally.

Anda kini boleh tonton drama Satu Dua Dia di Viu melalui Astro. 

Pada 22 November lalu, kumpulan KRU yang terdiri daripada Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry berjaya menggamatkan stadium dengan persembahan yang cukup bertenaga dihadapan hampir 12,000 penonton yang hadir.

Pada malam konsert tersebut, mereka telah menyanyikan kira-kira 16 buah lagu termasuklah lagu bersama artis jemputan seperti Rabbani, Datin Juliana Banos, Elite dan Adam AF2.

Must-Watch Video

Advertisement