Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Ariel Fesol Seru Orang Ramai Tengok KUDRAT 1968, Bangga Industri Filem Tempatan Terus Berkembang

Ariel Fesol Seru Orang Ramai Tengok KUDRAT 1968, Bangga Industri Filem Tempatan Terus Berkembang

Sekilas

  • Ariel Fesol dari kumpulan ALPHA meluahkan rasa bangga terhadap perkembangan industri filem Malaysia selepas menonton filem KUDRAT 1968: High Council.
  • Filem ini merupakan prekuel kepada siri Projek: High Council dan mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.
  • KUDRAT 1968: High Council akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.
Advertisement

Penyanyi dan ahli kumpulan ALPHA, Ariel Fesol meluahkan rasa bangga terhadap perkembangan industri filem dan hiburan tempatan selepas menonton filem KUDRAT 1968: High Council.

Menurut Ariel, karya berkenaan memberikan gambaran tentang sejauh mana industri perfileman Malaysia telah berkembang sehingga mampu menghasilkan naskhah yang begitu baik.

Advertisement

“Kudrat 1968! Serious talk, korang kena tengok cerita ni.

“Lepas tengok, honestly, I feel so proud to be Malaysian. Bangga dapat membesar sambil menyaksikan industri filem dan hiburan tanah air kita terus berkembang maju dan dapat menghasilkan karya yang membanggakan.

“This is a reminder of how far our local industry has come,” tulisnya.

Advertisement

Untuk info, KUDRAT 1968: High Council merupakan prekuel kepada siri fenomena Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.

 Drama dan filem arahan Zulaikha bersama Khairi Asyraff itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraff dan ramai lagi.

Filem KUDRAT 1968: High Council bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement