Skip to main content

Hiburan

Ariff Bahran Kecewa Hanya Ditawar RM1.4k Untuk Nyanyi Dua Buah Lagu - “Ini Yang Membuatkan Aku…”

Ariff Bahran

Ringkasan AI

  • Penyanyi Ariff Bahran kecewa selepas menerima tawaran rendah RM1,400 untuk menyanyi dua lagu.
  • Ariff rasa tawaran itu tidak setimpal dengan usaha dan pengalaman yang dimilikinya.
  • Beliau berkongsi pernah menerima bayaran sehingga RM25,000 sekitar tujuh hingga lapan tahun lalu.
  • Ariff menyatakan dia boleh jana pendapatan lebih tinggi bekerja di pejabat berbanding bernyanyi sekarang.
  • Dia menasihati anak muda supaya fokus berniaga dan cari duit daripada mengejar glamour semata-mata.

Penyanyi, Ariff Bahran meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dia menerima tawaran yang rendah dan tidak setimpal untuk khidmat nyanyiannya.

Dakwa Ariff atau nama lengkapnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, dia telah ditawar hanya RM1,400 untuk menyanyikan dua buah lagu.

Ujar pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ itu, perkara ini membuatkan dirinya seakan sudah tidak lagi berminat untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi.

“Aku tengah berurusan dengan seseorang dan mereka nak suruh aku menyanyi dua lagu untuk RM1,400.”

“Kepala otak dia, aku nak makan apa? Ini lagi membuatkan aku tak nak menyanyi.”

“Dulu Alhamdulillah aku pernah dapat RM25,000 dalam tujuh atau lapan tahun lepas. Masa itu pun aku masih bujang dan market masih ada,” kongsinya.

Ujarnya lagi, tawaran itu sangat tidak setimpal memandangkan dia boleh menjana pendapatan lebih banyak dalam masa sehari dengan cara bekerja sendiri di pejabat.

“Duduk dalam pejabat dalam sehari sahaja aku boleh buat lagi banyak keuntungan berbanding bernyanyi di luar sana.”

Di akhir perkongsian, Ariff menitipkan pesan buat anak muda di luar sana untuk menggunakan masa yang ada mencari duit dengan cara berniaga.

“Yang muda-muda, gunakan masa yang ada ini untuk cari duit dengan berniaga daripada nak kejar glamour,” kongsinya.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement