Skip to main content

Hiburan

Ariff Bahran Masih Belum Terima Hutang RM425k - “Bayarlah Wei, 2026 Dah Ni”

Ariff Bahran

Sekilas

  • Penyanyi Ariff Bahran masih belum menerima bayaran sebanyak RM425,000 selepas menjadi mangsa penipuan seorang penganjur acara.
  • Ariff yang bertindak sebagai penaja dijanjikan konsert bersama band Sheila On 7 oleh pengurus acara tersebut, namun konsert gagal dilaksanakan.
  • Ariff menyeru individu bertanggungjawab untuk membayar semula kerugian yang dialaminya sejak tahun lalu.

Penyanyi, Ariff Bahran memberi gambaran masih lagi belum meneriwa wang sebanyak RM425,000 selepas menjadi mangsa penipuan seorang penganjur acara.

Menerusi Threads, pelantun lagu Kata Akhirmu itu meminta individu bertanggungjawab untuk membayar semula kerugian yang ditanggungnya.

“Bayarlah hutang wei, 2026 dah ni. RM425,000 aku masih di awang-awangan,” ujarnya.

Terdahulu, Ariff meluahkan rasa kesal selepas mendakwa dirinya dan beberapa rakan kerugian ratusan ribu ringgit selepas ditipu seorang pengurus acara.

Difahamkan, Ariff yang bertindak sebagai penaja telah dijannikan pengurus acara itu untuk membawa band gergasi Indonesia, Sheila On 7 untuk mengadakan konsert pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, konsert tersebut gagal dilaksanakan.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement