Skip to main content

Kpop

ARMY Chile Turun Ke Jalanan, Bantah Pembatalan Konsert BTS Di Stadium Nasional

ASTRO GEMPAK bts (2)

Sekilas

  • Ratusan peminat BTS di Santiago, Chile berhimpun membantah keputusan kerajaan yang menghentikan tiga konsert jelajah dunia BTS WORLD TOUR 'ARIRANG' di Estadio Nacional.
  • Kerajaan Chile menjelaskan konsert tidak dibatalkan sepenuhnya, tetapi pentas 360 darjah BTS berisiko merosakkan padang stadium dan penganjur didakwa mula jual tiket tanpa kelulusan rasmi.
  • Tiada lokasi alternatif di Santiago atau bandar berhampiran yang mampu menampung jumlah penonton, namun jelajah BTS akan diteruskan di negara lain seperti Peru, Argentina, dan Brazil.

Ratusan peminat tegar BTS, dikenali sebagai ARMY, berhimpun di jalanan Santiago, Chile pada hujung minggu kerana membantah keputusan kerajaan negara itu yang menghentikan tiga konsert jelajah dunia BTS WORLD TOUR 'ARIRANG' yang dijadual berlangsung pada Oktober ini.

Memetik laporan The Korea Herald, para peminat mengenakan pakaian berwarna ungu, membawa belon ungu serta sepanduk bertulis "BTS to the National Stadium" sebagai simbol sokongan kepada kumpulan K-pop sensasi itu.

Menerusi video dan foto yang tersebar di internet, ratusan ARMY  berarak menuju ke Istana Presiden La Moneda sambil menyanyikan lagu-lagu popular BTS sebagai tanda protes terhadap keputusan tersebut.

Sebelum ini, BTS dijadual mengadakan tiga persembahan di Estadio Nacional, Santiago pada 14, 16 dan 17 Oktober, dengan kapasiti lebih 48,000 penonton bagi setiap malam.

Tarikh tambahan pada 14 Oktober diumumkan selepas tiket untuk konsert pada 16 dan 17 Oktober habis dijual dalam tempoh singkat sebaik jualan dibuka pada April lalu.

Bagaimanapun, Menteri Sukan Chile, Natalia Duco, menjelaskan keputusan itu bukan bermakna konsert dibatalkan sepenuhnya, sebaliknya ia hanya tidak boleh diteruskan di lokasi berkenaan buat masa ini.

Menurut kerajaan Chile, pentas konsert berbentuk 360 darjah yang dirancang BTS dianggarkan memberikan beban sekitar 600 tan ke atas padang stadium, sekali gus berpotensi merosakkan permukaan padang dan menjejaskan beberapa acara sukan penting yang telah dijadualkan selepas itu.

Selain itu, kerajaan turut mendakwa penganjur tempatan, DG Medios, telah memulakan penjualan tiket sebelum memperoleh kelulusan rasmi untuk menggunakan Stadium Nasional.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada lokasi alternatif di Santiago atau bandar berhampiran seperti Viña del Mar dan Concepción yang mampu menampung jumlah penonton seramai itu.

Sementara itu kontroversi di Chile tidak menjejaskan keseluruhan siri jelajah BTS WORLD TOUR 'ARIRANG'. Selepas Colombia, BTS dijadual meneruskan konsert di Lima, Peru (7, 8 dan 10 Oktober) sebelum ke Santiago, Chile (14, 16 dan 17 Oktober), diikuti Buenos Aires, Argentina (21, 23 dan 24 Oktober) serta São Paulo, Brazil (28, 30 dan 31 Oktober). Jelajah mega itu turut merangkumi Asia, Amerika Utara, Eropah dan Australia sehingga tahun 2027.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement