Sekilas
- Fazlina Ahmad Daud, pemenang Kilauan Emas Selebriti 2026, berkongsi kegembiraannya selepas berjaya mendapatkan kad debit edisi khas BTS daripada Maybank.
- Maybank melancarkan kad debit edisi khas BTS sempena jelajah dunia kumpulan itu yang akan mengadakan konsert di TM Stadium Nasional pada 13 Disember.
- Ramai peminat sanggup beratur awal pagi di cawangan Maybank terpilih untuk mendapatkan kad edisi khas tersebut.
Bintang Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES) iaitu Fazlina Ahmad Daud berkongsi keterujaannya selepas berjaya mendapatkan kad debit edisi khas kumpulan terkenal Korea Selatan iaitu BTS daripada Maybank.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazlina dilihat memuat naik foto dirinya memegang kad edisi khas tersebut sambil tersenyum riang.
“Army.. she got hers,” tulisnya.
Sekadar info, Maybank menyediakn kad debit edisi khas BTS bersempena jelajah dunia kumpulan tersebut yang juga dijadual melakukan konsert di TM Stadium Nasional pada 13 Disember depan.
Dapat dilihat, ramai peminat yang sanggup beratur seawal pagi di beberapa cawangan Maybank terpilih bagi mendapatkan kad tersebut.
Sumber: Threads