Skip to main content

Konsert

Art of Speed Kembali Lebih Gah, Tenxi, Ella & 34 Pemuzik Bakal Hangatkan Festival SoundCircus 1 & 2 Ogos Ini

Astro Gempak art of speed

Sekilas

  • Art of Speed 2026 akan berlangsung pada 1 dan 2 Ogos di MAEPS Serdang dengan pelbagai aktiviti otomotif, seni, dan budaya pop yang menarik.
  • Festival SoundCircus kembali dengan konsep baru dan penampilan artis dari Malaysia, Indonesia, Jepun serta antarabangsa di enam pentas berbeza.
  • Tiket AOS 2026 dan SoundCircus boleh dibeli secara dalam talian dengan harga bermula dari RM35 hingga RM388, menawarkan pengalaman hiburan dan pelancongan kreatif yang lengkap.

Kembali dengan edisi ke-15 selepas penganjuran pertama kali melakar sejarah, acara Art of Speed ​​2026 (AOS 2026) menanti pengunjung bermula pada 1 Ogos 2026 (10:00 pagi – larut malam) dan 2 Ogos 2026 (10:00 pagi – larut malam).

Lokasinya masih di tempat ikonik — Taman Ekspo Agro Malaysia, Serdang (MAEPS). Dengan kawasan tertutup seluas 452,084 kaki persegi; keluasan luar 320 ekar - setiap dewan bakal padat dengan pelbagai acara dan banyak aktiviti serta pameran yang tentu membuat peminat serta pengunjung teruja!

Bonus untuk edisi AOS 2026 yang telah berjaya menarik lapisan pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar negara terhadap koleksi automotif, seni dan ‘Pop culture’ ini  adalah Festival SoundCircus yang sempat ‘tidak hadir’ dua tahun penganjuran akan kembali menempati ruang seluas 4 ekar dengan 6 pentas persembahan dan aktiviti. 

Festival SoundCircus kembali dengan penampilan artis dan penghibur gabungan dari Malaysia, Indonesia dan antarabangsa yang dijangka kembali dibanjiri peminat seperti edisi penganjuran sebelum ini.

Selaku Pengarah Festival Art of Speed ​​Malaysia (AOSM) dan SoundCircus Summer Festival 2026, Encik Asep Ahmad Iskandar menyifatkan edisi tahun ini sebagai evolusi festival dengan peningkatan impak terhadap industri kreatif dan pembangunan pelancongan Malaysia yang signifikan.

“Untuk edisi tahun ini, SoundCircus hadir dengan konsep yang baru pertama kali diperkenalkan dalam slot persembahan yang terpilih seperti Cokelat X Ella, dengan  lagenda dua negara bergabung di atas satu pentas dengan konsep yang diberi nama ‘TAKHTA RATU NUSANTARA’.

“Jemson X Def Gab C kombinasi antara dua kumpulan rock dari dua generasi berbeza memaparkan konsep yang cukup istimewa khas buat peminat rock dengan konsep yang diberi nama ‘LEGENDS X RENEGADES’.

“Slatan 0108 yang merayakan konsep baru sambil menyambut ulang tahun kumpulan menerusi 010.8 FM present : Hari Slatan.

“Tidak lupa juga,  tahun ini kami membawakan muzik rakyat tempatan bersama Issey (Penyampai Radio) dan The Clique akan membawakan sebuah persembahan dikir barat bertema kan ‘Custom Culture’ yang di namakan ‘DIKIR KUSTOM’.

Selain itu,sebuah konsep istimewa di mana dua generasi anak dan ayah, Couple dan Adnan Othman akan berkongsi pentas buat pertama kalinya yang diberi nama ‘POWER POP YEAH YEAH’.

‘30 YEARS OF ASIAN HARDCORE’’ adalah salah satu konsep baru yg diperkenal kan untuk menyambut dan meraikan aliran muzik hardcore. Pelbagai konsep persembahan yang akan diperkenalkan istimewa untuk SCF2026.

“Kami berbangga untuk membawa SoundCircus kembali ke MAEPS, Serdang pada 2026, menandakan evolusi festival dan impaknya yang semakin meningkat terhadap industri kreatif dan pembangunan pelancongan Malaysia.

“Sejak penubuhannya pada 2017, SoundCircus telah dikonseptualisasikan sebagai platform muzik terpilih yang didedikasikan untuk menyokong kedua-dua bakat yang mapan dan baru muncul, terutamanya dalam ekosistem muzik bebas dan bawah tanah Malaysia. 

“Pada tahun 2019, didorong oleh sambutan orang ramai yang menggalakkan dan peningkatan kehadiran, SoundCircus berkembang melangkaui persekitaran dalaman asalnya ke tempat luar di MAEPS, mengalu-alukan lebih 5,000 pengunjung festival. 

“Peluasan ini menandakan peristiwa penting dalam pembangunan festival dan menekankan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam litar hiburan langsung serantau,” ujar Asep.

Lebih mengujakan penganjuran AOSM mendapat sokongan dan kerja sama Tourism Selangor sebagai rakan kongsi strategik untuk SoundCircus dan Festival Art Of Speed. 

Menurut Asep, kolaborasi yang berlaku sejajar dengan usaha yang lebih meluas untuk meletakkan Selangor sebagai hab yang bertenaga untuk pelancongan kebudayaan, industri kreatif dan acara gaya hidup berskala besar.

Melalui kerjasama ini juga, SoundCircus dijangka menarik bukan sahaja hadirin tempatan tetapi juga pelawat serantau dan antarabangsa, menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan domestik, penglibatan sektor perhotelan dan keseluruhan aktiviti ekonomi dalam negeri.

 “Dengan sokongan Tourism Selangor, kami berhasrat untuk mengangkat SoundCircus menjadi pengalaman muzik destinasi yang meningkatkan profil Selangor sebagai destinasi kreatif dan pelancongan terkemuka di rantau ini.

“Pengenalan enam pentas susun atur pada 2026 pula mencerminkan komitmen kami untuk mengembangkan skala festival sambil mengekalkan integriti dan kepelbagaian artistik,” tambah Encik Asep.

Sementara itu persembahan artis dalam Festival SoundCircus akan dibahagikan kepada tiga fasa. Deretan pemuzik dengan pelbagai genre sudah bersiap untuk menghiburkan pengunjung sepanjang dua hari AOS 2026 berlangsung pada 1 dan 2 Ogos ini.

Barisan pemuzik yang terlibat dalam Fasa 1 terdiri daripada 20 pemuzik, antaranya The Jansen dari Indonesia, Masdo, Midnight Fusic, Sweetass, Johny Comes Lately, Dannqrack  Eemrun, Second Combat (30 Years Anniversary), Krusty, After Midnight, The World Ends WIth You dan Iron Gaze.

Turut serta dalam Fasa 1 ini adalah Iron Gaze, Heavener, BesSka Tok Saad, Open Privacy, Kosmik, DJ Queizham, DJ Miko Naiko, S4d.kl, DJ Zu serta DJ Creamminalsm.

Penghibur untuk Fasa 2 pula dibarisi 34 pemuzik dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Jepun. Ini termasuk Freshtown All Stars, Cokelat X Ella (Indonesia & Malaysia), Hari Slatan, Nadin Amizah(Indonesia),  Tenxi(Indonesia), High Therapy (Indonesia), Straight Answer (Indonesia), Sukses Lancar Rejeki (Indonesia), Johnny Pandora (Jepun),  Issey & The Clique (Dikir Kustom), Couple X Adnan Othman, Jemson X Def Gab C dan Iqbal M.

Untuk terlibat dengan AOS 2026, pengunjung boleh mendapatkan tiket dengan kategori berikut. 

Tiket masuk AOS 2026 berharga RM35.00. Tiket SoundCircus (General Admission) - RM89.00-RM169.00, RM139.00-RM219.00 (SoundCircus Rockzone) dan RM188.00-RM388.00 untuk Hero Guest Care Pack boleh didapati menerusi https://biz.bboevents.com/event/#/aosscf26.

Fasa penjualan tiket pula bermula dengan Fasa 1 (RM129.00 GA / RM179.00 RZ) yang telah mula dijual sejak 1 Februari 2026. Fasa 2 (RM 149.00 GA / RM199.00 RZ) akan mula dijual pada 12 Mac 2026 bersama GA Group Buy (RM 135.00 GB x 3 pax) Rockzone (RM 189.00 GB x 3 pax)  dan Fasa 3 (RM 169.00 GA / RM219.00 RZ) dijual pada tarikh yang akan diumumkan. Pembelian tiket di pintu masuk pula boleh didapati pada hari acara berlangsung iaitu 1 dan 2 Ogos 2026.

AOS 2026 akan menjadi medan yang bukan hanya mengisi dahaga hiburan pelbagai genre tetapi membawa pulang kenangan dan ilmu tentang otomotif, fesyen serta acara sampingan yang disediakan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement