Sekilas
- Mimi Lana pilih suaminya, Syafiq Kyle, sebagai pelakon Malaysia paling kacak menerusi komen di ciapan Threads Era.
- Jawapan Mimi mendapat perhatian netizen yang berseloroh Syafiq Kyle sangat bertuah mempunyai isteri seperti Mimi Lana.
- Netizen juga menyenaraikan pelakon lain seperti Fattah Amin, Hisham Hamid dan Aqasha sebagai pilihan mereka untuk pelakon lelaki kacak.
Pelakon, Mimi Lana menyorot perhatian apabila memilih suaminya yang juga aktor, Syafiq Kyle sebagai pelakon Malaysia paling kacak.
Perkara itu dikongsikan Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin menerusi ruangan komen ciapan Threads yang dibuat stesen radio, Era.
Menerusi ciapan yang dibuat, Era bertanyakan pengikut mereka mengenai topik siapakah pelakon Malaysia paling kacak pilih mereka.
“Syafiq Kyle,” tulis Mimi Lana.

Jawapan itu kemudiannya mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya berseloroh mengatakan Syafiq Kyle cukup beruntung memiliki isteri seperti Mimi Lana.
Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan tidak adil untuk Mimi memuji suaminya sendiri.
“Untung laaa.”
“Setuju, Syafiq memang handsome.”
“Tak adil sebut nama suami sendiri,” antara komen warganet.


Dalam masa sama, netizen turut menyenaraikan beberapa pelakon seperti Fattah Amin, Hisham Hamid dan Aqasha sebagai pelakon lelaki kacak pilihan mereka.
Sumber: Threads