Skip to main content

Selebriti

“Artis Pun Manusia, Ada Perasaan Dik” - Ani Mayuni

Ani Mayuni

Sekilas

  • Ani Mayuni menasihati peminat supaya menghargai artis berdasarkan bakat, bukan rupa semata-mata.
  • Beliau mengingatkan bahawa artis juga manusia biasa yang ada perasaan dan kehidupan peribadi seperti percintaan dan perkahwinan.
  • Ani menasihatkan peminat agar tidak terlalu terbawa-bawa sehingga mencampuri urusan peribadi artis kegemaran mereka.
Advertisement

Penyanyi, Ani Mayuni menasihati peminat supaya mengagumi seseorang artis berdasarkan bakat yang dimiliki, bukan semata-mata kerana rupa paras atau penampilan fizikal.

Menerusi perkongsian di Threads, Ani berkata peminat juga perlu memahami bahawa golongan artis merupakan manusia biasa yang mempunyai kehidupan dan perasaan sendiri, termasuk soal percintaan dan perkahwinan.

Advertisement

Malah Ani juga turut mengingatkan peminat agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan sehingga mencampuri urusan peribadi artis yang diminati.

“Macam ni lah, ampa yang minat dekat artis tu sebab dia cantik ka handsome ka? Ampa kena minat artis tu sebab bakat dia.

“Barulah bila nanti artis yang ampa minat tu ada boyfriend ka girlfriend ka, atau depa nanti nak kahwin ka, ampa tak frust menonggeng dek.

“Artis pun manusia, depa ada perasaan dek, betul tak? Kalau Umi salah tolong betoikan na,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang membaca hantaran itu turut mempunyai pendapat yang sama dan bersetuju dengan pandangan berkenaan.


Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement