Skip to main content

Hiburan

Arya Saloka, Asha Assuncao ‘Shoot’ Di Dataran Merdeka, Peminat ’Terikat Janji’ Teruja Tengok Depan Mata - “OMG Senadaku…”

Arya Saloka, Asha Assuncao ‘Shoot’ Di Dataran Merdeka, Peminat ’Terikat Janji’ Teruja Tengok Depan Mata - “OMG Senadaku…”

Sekilas

  • Arya Saloka dan Asha Assuncao dilihat menjalani penggambaran drama Terikat Janji di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, menarik perhatian peminat tempatan.
  • Rakaman dan perkongsian di media sosial menunjukkan suasana penggambaran yang mendapat sambutan hangat daripada penonton Malaysia.
  • Arya juga akan muncul dalam filem Munafik: Melawan Iblis yang dijadualkan tayang di pawagam Malaysia pada 1 Oktober ini.
Advertisement

Kehadiran pelakon popular Indonesia, Arya Saloka dan Asha Maria Assuncao di ibu negara mencuri perhatian peminat selepas mereka dilihat menjalani penggambaran di sekitar Dataran Merdeka.

Menerusi beberapa perkongsian di Threads, tular rakaman memaparkan kedua-dua bintang drama Terikat Janji itu berada di lokasi berkenaan.

Malah, ada yang tidak menyangka dapat menyaksikan pasangan drama berkenaan secara langsung di hadapan mata.

“Koranggggggggg depan mata gueeeeeeee. Welcome Malaysia, love Arya Saloka, Asha Assuncao,” tulis seorang peminat.

Kemunculan mereka di Kuala Lumpur dipercayai mempunyai kaitan dengan penggambaran Terikat Janji yang turut mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Malaysia.

Beberapa video lain turut memperlihatkan suasana penggambaran di sekitar kawasan bersejarah Dataran Merdeka sehingga membuatkan peminat semakin teruja menantikan perkembangan drama tersebut.

dvfb

Terikat Janji menampilkan Arya dan Asha sebagai antara teraju utama dengan gandingan mereka menjadi perhatian penonton sejak drama berkenaan ditayangkan.

Dalam perkembangan lain, Arya turut bakal muncul dalam filem Munafik: Melawan Iblis dengan membawakan watak Ustaz Adam.

Filem tersebut turut dibintangi Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari.

Munafik: Melawan Iblis merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions dengan sokongan Legacy Pictures, AZ Films serta Komet Productions, manakala Astro Shaw bertindak sebagai rakan pemasaran di Malaysia.

Naskhah itu mengisahkan perjuangan Ustaz Adam dalam usaha menyelamatkan seseorang daripada jeratan iblis dan dijadualkan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 1 Oktober depan.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Must Watch Video

Advertisement