Skip to main content
Advertisement

Filem

Arya Saloka Mahu Minta Maaf Pada Syamsul Yusof Bawa Ustaz Adam Di Munafik: Melawan Iblis: “Nervous, Check It Out - Check It Out Rasanya”

Arya Saloka Mahu Minta Maaf Pada Syamsul Yusof Bawa Ustaz Adam Di Munafik: Melawan Iblis: “Nervous, Check It Out - Check It Out Rasanya”

Sekilas

  • Arya Saloka menghidupkan semula watak Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis versi Indonesia dengan penuh rasa hormat terhadap lakonan asal Syamsul Yusof.
  • Arya mengakui cabaran besar untuk membawa watak itu dan mengambil pendekatan tersendiri supaya tidak kalah dengan versi asal sambil menambah elemen budaya Indonesia.
  • Filem Munafik: Melawan Iblis yang sudah mendapat sambutan hangat di Indonesia akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 1 Oktober ini.
Advertisement

Menghidupkan watak ikonik Ustaz Adam dalam filem pecah panggung dan bersejarah Malaysia, Munafik yang kemudian diberi judul Munafik: Melawan Iblis dalam adaptasi versi Indonesia, lahir beragam perasaan dirasai oleh aktor berprolifik, Arya Saloka.

Menurut Arya yang menjadi pelakon pertama menjalani uji bakat filem tersebut oleh sutradara Guntur Soeharjanto sebelum rakan pemain lainnya seperti Acha Septriasa memegang watak Fitri (versi Nabila Huda sebagai Maria), perasaan pertama yang sangat ingin dihapuskan adalah rasa gementar untuk bertemu pemegang asal watak Ustaz Adam iaitu Syamsul Yusof.

Advertisement

Menyifatkan Syamsul telah melahirkan naskhah lalu memerankan Ustaz Adam dengan cukup cemerlang, hal yang ingin dilakukan sebaik bertemu pengarah dan aktor tersebut adalah meminta maaf.

“Saya mahu minta maaf, kalau memang tidak sebaik yang difikirkan (lakonan Ustaz Adam versi Arya Saloka).

“Lalu saya sebenarnya juga nervous (gementar) untuk bertemu Syamsul apalagi misalnya jika beliau memang akan hadir pada acara gala Munafik: Melawan Iblis malam  ini, saya pasti sangat deg-degan (cemas). Check it out, check it out, check it out rasanya,” ujar Arya dalam nada berseloroh.

Arya, 35, ditemui dałam temu bual eksklusif sempena rangka promosi filem Munafik: Melawan Iblis yang bąkał menemui penonton Malaysia di pawagam terdekat bermula 1 Oktober ini.

Meneruskan bicara tentang kekangan menghidupkan semula Ustaz Adam mengikut versi naskhah Indonesia, Arya mengakui adalah agak sukar meninggalkan bayang asal, namun sebagai seorang yang sudah menekuni ranah lakonan sejak 2011, beliau mengambil pengisian Ustaz Adam lalu dijadikan miliknya sendiri.

Advertisement

“Ketika saya menonton Munafik, Ustaz Adam memang sangat terpuruk dan saya melihat Syamsul sangat bagus sekali memainkan Ustaz Adam. Makanya harus saya cuba cari versi Indonesianya, gitu. Saya mencari versi Indonesianya supaya tidak kalah dengan  Syamsul.

“Jadi apa yang saya ambil daripada ciptaan Syamsul sebagai Ustaz Adam adalah bagaimana beliau menciptakan rasa kehilangan,” jelas Arya.

Malah katanya, beliau juga sudah mempersiapkan diri jika ada yang membandingkan versi dirinya sebagai Ustaz Adam dengan Syamsul.

“Siap tidak siap, saya harus siap,” katanya optimis.

Namun kata Arya penonton wajib menonton Munafik: Melawan Iblis kerana ia dikembangkan dan dihidupkan dalam versi Indonesia berkat sikap terbuka Skop Production dan Datuk Yusof Haslam yang memberi kebebasan buat mereka ‘bermain’ dengan karya yang diadaptasi.

“Alhamdulillah, Skop Production tidak mengekang malah membuat pengarah, Guntur mampu mengembangkan Munafik menhadi Munafik: Melawan Iblis versi original kami.

“Justeru kami punya kebebesan membina plot, sehebat mungkin dalam versi Indonesia sehingga saya misalnya tidak perlu membawa watak Ustaz Adam mirip dengan yang dimainkan oleh Syamsul sekaligus menambahkan budaya-budaya Indonesia di dalamnya,” ujar Arya lagi.

Munafik: Melawan Iblis yang sudah ditayangkan di Indonesia sejak 3 September lalu serta mendapat sambutan hangat akan memasuki pawagam Malaysia bermula 1 Oktober ini.

Filem tersebut merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.  Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

NO.307 BUTTON CO COTTON PURE COLOUR SIMPLE UNDERWEAR BREATHABLE PANTIES SPENDER WOMAN SELUAR DALAM WANITA GIRL 女生内裤

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must Watch Video

Advertisement