Skip to main content

Filem

Arya Saloka Sempat Tolak Tawaran Munafik, Sangka Filem Tentang Pertengkaran Rumah Tangga

Arya Saloka Sempat Tolak Tawaran Munafik, Sangka Filem Tentang Pertengkaran Rumah Tangga

Sekilas

  • Aktor Arya Saloka awalnya menolak tawaran berlakon dalam filem Munafik versi Indonesia kerana menyangka ia berkisar tentang drama rumah tangga, namun berubah fikiran selepas mendapat penjelasan bahawa ia filem seram dan kerohanian.
  • Arya meluahkan keterujaan kerana watak Ustaz Adam dalam Munafik: Melawan Iblis sangat dekat dengan perjalanan kerohanian peribadinya dan memerlukan persiapan rapi termasuk belajar bacaan Al Quran dan rukyah.
  • Filem Munafik: Melawan Iblis akan ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 1 Oktober, hasil terbitan Unlimited Production dan Skop Productions dengan sokongan beberapa pihak lain serta Astro Shaw sebagai rakan pemasaran.
Advertisement

Aktor Arya Saloka mengaku sempat menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Munafik yang mahu diadaptasi versi Indonesia kerana menyangka ia sebuah naskhah berkaitan masalah rumah tangga atau tentang drama suami isteri.

Namun fikirannya berubah setelah menerima penjelasan daripada pengurusnya yang memberitahu Munafik yang bakal diadaptasi adalah filem seram ghaib dan kerohanian yang menjadi filem pecah panggung dan fenomena di Malaysia saat ditayangkan pada 2016.

Advertisement

Sebaik mengingat dirinya juga tahu mengenai filem tersebut, Arya terus menyatakan persetujuan sementelah Munafik yang diberi nama Munafik : Melawan Iblis disutradarai Guntur Soeharjanto.

“Sewaktu saya ditawarkan bermain di Munafik saya sempat tolak kerana pada waktu yang sama ada banyak naskhah tentang kekerasan dalam rumah tangga, pertengakaran dan drama pernikahan.

“Saya sempat menolak kerana saya tidak mahu drama mengenai lelaki mengasari perempuan, begitu saya bilang ke pengurus saya.

Advertisement

“Namun pengurus saya tegasnya tanggapan itu silap. Ini filem horror (seram). Judulnya Munafik, karya daru Malaysia.

“Jadi saya ingat-ingat semula, ya Munafik, terus saya mahu. Setuju,” cerita Arya panjang lebar.

Menurut bintang berusia 36 tahun itu lagi, hal yang paling mengujakan buatnya  untuk terlibat dalam Munafik : Melawan Iblis adalah perjalanan kerohanian yang sangat dekat dengan kehidupan peribadi saat ini.

“Buat saya ini sangat relate kerana saya senang dengan proses manusia yang akhirnya Allah tarik kembali, dapat hidayah Itu saya suka.,” katanya lagi.

Arya malah melahirkan rasa bersyukur kerana diberi kesempatan oleh pihak Skop Production dan Unlimited Production untuk berlakon dalam Munafik: Melawan Iblis sekaligus membawakan watak Ustaz Adam.

Akuinya meski berasa tertekan terutama bertanggungjawab melafazkan banyak potongan ayat al Quran serta melakukan rukyah, namun ia teruja melakukannya dengan hati terbuka.

Dan hal yang sangat diperhatikan oleh Arya adalah menyeimbangi di antara lakonan serta pesan kerohanian terutama saat melantunkan ayat-ayat suci Al Quran.

Ujarnya: “Saya membuat persiapan kurang lebih dua bulan. Pada bulan pertama saya berkenalan dan bertemu serta belajar tentang rukyah dan juga kembali belajar Iqro.

“Kembali belajar Iqro, membetulkan bacaan, huruf per huruf, tajwidnya dan satu bulan setelahnya kami reading.

“Bahkan sempat ada momen saya bukan depresi, tapi seperti, ah saya bisa, tidak ini ya, melanjutkan ini. Tapi ketika reading saya diingatkan ustaz kalau kita sedang berlakon bukan ujian untuk jadi hafiz.

“Jadi, jangan lupa yang harus dipersiapkan lebih matang itu adalah jiwa manusianya. Lakonannya. Jangan sampai nanti eh ketika menonton Munafik ini seperti menonton lomba hafiz (pertandingan hafazan).

Munafik: Melawan Iblis akan memasuki pawagam Malaysia bermula 1 Oktober ini. Filem tersebut merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions. Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must Watch Video

Advertisement