Sekilas
- Arya Saloka berkongsi pengalamannya belajar tentang penyakit ain dan sihir ketika mempersiapkan watak Ustaz Adam dalam filem Munafik: Melawan Iblis.
- Dia menjelaskan ain lebih menakutkan kerana tidak memerlukan alat, hanya pandangan mata atau mulut sudah boleh menyebabkan seseorang terkena penyakit itu.
- Arya mengamalkan zikir pagi dan petang sebagai cara melindungi diri daripada gangguan ain dan sihir, terutama kerana kerjayanya sebagai pelakon yang mudah terdedah kepada gangguan tersebut.
Bintang utama filem Munafik: Melawan Iblis, Arya Saloka mendedahkan dirinya baru sedar penyakit ain lebih gerun berbanding sihir selepas terlibat dalam naskhah adaptasi ikonik Malayasia, Munafik.
Ujar Arya, 35, mengatakan kefahamannya tentang dua ‘penyakit’ tersebut menjadi lebih mendalam selepas mendapat bimbingan daripada guru sekaligus ustaz yang membimbingnya membaca Al Quran serta amalan rukyah demi menghidupkan watak Ustaz Adam.
Ayra menjelaskan, sewaktu belajar tentang rukyah, dia sekaligus belajar tentang sihir dan ain. Dan dari pembelajaran tersebut dia baru menyedari ain lebih menyeramkan dari sihir.
“Ketika saya belajar tentang rukyah, ini bererti saya belajar tentang sihir. Saya belajar tentang ain. Nah, ternyata ain itu lebih menyeramkan dari sihir kerana tidak memerlukan alat, tidak memerlukan apapun.
“Hanya memerlukan pandangan mata atau mulut, seseorang langsung boleh terserang ain,” katanya yang mempersiapkan diri dengan pengajian Al Quran bukan hanya untuk filem tersebut tetapi untuk memperbaiki dirinya secara peribadi.
Aktor yang baru dinobatkan sebagai Aktor Terpopular di Indonesian Television Awards (ITA) 2026 berkat lakonannya menghidupkan watak Sena dalam sinetron Terikat Janji itu kemudian memberitahu cara untuk ‘memagar diri’ dan dijauhi daripa terkena penyakit ain.
“Salah satunya, kita lindungi dengan zikir pagi petang. Makanya zikir pagi petang itu kalau kalau boleh jangan sampai terlewat kerana di dalamnya ada surat-surat yang kita meminta perlindungan pada Allah. Pada pagi hari dan di petang hari,” katanya lagi.
Malah Arya mengaku menjadi semakin takut selepas mengetahui penyakit ain lebih gerun daripada zihir, sebagai seorang bintang yang terdedah dengan gangguan tersebut kerana karier mereka.
“Selepas mengetahui hal ini, sekarang lebih takut. Betul, jadi, lebih takut. Kerana dengan pekerjaan saya sebagai seorang pelakon, saya tidak pernah tahu siapa yang mungkin akan menyebarkan ain atau sihir kepada saya.
“Maka saya lindungi dengan zikir pagi petang tanpa putus. Saya minta perlindungan Allah,” akuinya.