Skip to main content

Hiburan

Asha Merican 'Buat Hal' Lagi! Kali Ini Mengidam Tengok Suami Potong Rambut - "Nak Bunyi Skrek Skrek Kalau Tak Saya..."

Astrogempak ASHA

Sekilas

  • Pelakon Harris Annuar berkongsi momen isterinya, Asha Merican, yang sedang hamil mengidam mahu melihat Harris memotong rambut.
  • Asha menjelaskan dia mahu dengar bunyi mesin gunting rambut supaya boleh tidur dengan nyenyak.
  • Ini bukan kali pertama Asha mengidam keinginan unik sepanjang kehamilan mereka sejak mendirikan rumah tangga pada 2022.

Pelakon, Harris Annuar sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen melayan isterinya, Asha Merican yang sedang hamil mengidam.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Harris mendedahkan Asha baru-baru ini mengidam untuk melihatnya memotong rambut.

“Aku pun peliklah dengan seketul Asha ni, yang bukan-bukan je dia mengidam pun,” tulisnya.

Dalam video yang dikongsikan, Harris juga berkongsi perbualannya bersama Asha dan cuba memahami keinginan isterinya yang mahu menemaninya ke kedai gunting rambut.

“Dah kenapa nak tengok saya potong rambut, sekejap je saya pergi,” kata Harris.

“Saya nak buat macam mana, dah saya rasa nak tengok.

“Nak tengok nak bunyi apa?

“Nak bunyi skrek skrek (bunyi mesin potong rambut), kalau tak saya tak boleh tidur,” jawab Asha.

Ini bukan kali pertama Asha mencuri perhatian dengan keinginan unik ketika berbadan dua.

Terdahulu, Harris pernah mendedahkan isterinya mengidam untuk makan sosej sambil duduk di kerusi panggung wayang.

Ketika hamil anak pertama pada tahun 2023 pula, Asha turut pernah mengidam untuk menghidu bau simen serta bermain permainan lato-lato.

Sekadar info, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement