Penyanyi Ashanty akhirnya memberi kenyataan selepas dituduh bekas pekerja telah merampas aset dan menceroboh kediamannya pada bulan Mei lalu.
Bekas pekerja yang bernama Ayu Chairun Nurisa memberitahu media dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap isteri Anang Hermansyah itu.
Advertisement
Ashanty antaranya didakwa merampas kenderaan, barangan kemas, beg tangan serta gajet seperti laptop dan dokumen rumah dalam beberapa kejadian yang berlaku di kedai dan kediaman wanita itu.
Namun, Ashanty kemudian memulangkan dokumen rumah tetapi didakwa masih memegang telefon bimbit serta kereta Ayu yang diambil menerusi pekerja selebriti itu.
Selepas kontroversi tersebut heboh, Ashanty mengakui mengambil beberapa barangan peribadi seperti didakwa Ayu.
Bagaimanapun tindakan itu diambil sebagai jaminan selepas Ayu mengaku telah menggelapkan wang syarikat. Ayu bekerja pada bahagian kewangan dan didakwa membawa lari ratusan ribu duit Ashanty.
Ashanty juga telah melaporkan perbuatan jenayah Ayu ke pihak polis dan kes masih dalam siasatan dan berdiam diri kerana kasihan dengan anak-anak bekas pekerjanya.
“Membuka lubang dan aib sendiri. Sudah biasa di zaman ini maling (pencuri) menuduh pencuri. Daripada saya mengambil hanya satu tindakan terhadapnya, kini sudah jadi berlapis-lapis,” ujar Ashanty menerusi Insta Storynya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Menurut Ashanty dia sempat menunggu jika Ayu mahu meminta maaf terhadap kesalahan yang dilakukan.
“Saya ada bukti video dan semua berkaitan kes ini. Saya ingat dia