Sekilas
- Ashwad Ismail, bekas Ketua Pengarang ASTRO Awani, kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.).
- Penganugerahan itu diterima sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri.
- Menteri Komunikasi Malaysia, Datuk Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, mengucapkan tahniah kepada Ashwad melalui hantaran di Instagram.
Bekas Ketua Pengarang ASTRO Awani, Ashwad Ismail kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran berkenaan.
Penganugerahan itu diterima beliau pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd. Ali Mohd. Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.
Berita itu turut dikongsi Menteri Komunikasi Malaysia, Datuk Seri Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang turut menzahirkan ucapan tahniah menerusi hantaran di Instagram (IG).
“Tahniah, Datuk Ashwad.
“Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang,” kongsinya.
Ashwad antara 189 individu yang dianugerahkan D.P.S.M. dalam istiadat berkenaan, selain penerima lain daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.
Selain Ashwad, antara yang turut menerima gelaran Datuk pada istiadat berkenaan termasuklah penyanyi, Datuk Ziana Zain.
Sumber: Instagram