Skip to main content

Hiburan

Aslam & Umisya Mazlan Timang Cahaya Mata Keempat - “Selamat Datang Ke Dunia, Anakku”

Umisya Mazlan

Sekilas

  • Pasangan pempengaruh Ahmad Aslam dan Umisya Mazlan selamat menimang cahaya mata keempat mereka pada Jumaat lalu.
  • Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Aslam dan Umisya melalui Instagram Story masing-masing tanpa mendedahkan jantina bayi.
  • Aslam sebelum ini pernah berpisah dengan Umisya pada 2023 dan kini mempunyai seorang lagi isteri, Marissa Dania Hakim, yang dikahwini pada Disember 2023.
Advertisement

Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh, Ahmad Aslam dan Umisya Mazlan yang selamat menimang cahaya mata mereka yang keempat pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Aslam menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs).

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dibuat, Aslam turut memuat naik foto anak kecilnya itu menggenggam jarinya.

“Selamat datang ke dunia, anakku.

“Sebuah tempat yang mengajar manusia tentang harapan melalui kehilangan, tentang kekuatan melalui kesakitan dan tentang nilai sebuah kebahagiaan melalui ujian,” kongsinya.

Sementara itu, Umisya menerusi hantaran di IGs nya pula menzahirkan rasa syukur atas kelahiran tersebut.

“Alhamdulillah untuk anugerah Allah, Misya dah selamat bersalin,” luahnya.

Walau bagaimanapun, butiran mengenai jantina bayi tersebut tidak didedahkan Umisya dan Aslam kepada umum.

Untuk rekod, Aslam dan Umisya sebelum ini dilaporkan pernah berpisah sekitar tahun 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.

Aslam juga mempunyai seorang lagi isteri iaitu anak kepada pasangan artis, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim yang dikahwini pada 27 Disember 2023.

Sumber: Instagram Story

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement