Skip to main content

Hiburan

Asma’ Harun Puji Bella Astillah Bertudung Lengkap Ketika Nikah – “Suka Tengok Pasangan Ini”

Asma’ Harun Puji Bella Astillah Bertudung Lengkap Ketika Nikah – “Suka Tengok Pasangan Ini”

Sekilas

  • Ustazah Asma’ Harun memuji penampilan Bella Astillah yang memilih bertudung lengkap semasa majlis pernikahannya dengan Syed Saddiq walaupun belum berhijab sepenuhnya dalam kehidupan seharian.
  • Beliau menegaskan bahawa akad nikah adalah detik paling bermakna sebagai permulaan ikatan perkahwinan yang harus mendapat reda Allah.
  • Asma’ turut berkongsi pesanan Rasulullah SAW tentang amanah dan tanggungjawab suami terhadap isteri dalam perkahwinan.
Advertisement

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun memuji penampilan Bella Astillah yang memilih untuk mengenakan tudung lengkap ketika majlis pernikahannya bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meskipun belum berhijab sepenuhnya dalam kehidupan seharian.

Menerusi Facebook, Asma’ berkata, perkara tersebut menjadi antara yang paling menarik perhatiannya ketika melihat pasangan pengantin berkenaan.

Advertisement

“Senyum tengok pasangan ini. Paling saya suka bila Bella memilih bertudung lengkap walau beliau belum berhijab, kita doakan ya.

“Sebahagian pengantin yang belum berhijab hanya menyarungkan selendang ketika akad nikah,” tulisnya.

Menurut Asma’, akad nikah merupakan antara detik paling bermakna dalam kehidupan seseorang kerana menjadi permulaan kepada sebuah ikatan perkahwinan.

Advertisement

“Ini saat paling bermakna, permulaan ikatan dengan mencari reda-Nya dan mudah-mudahan reda Allah menjadi keutamaan serta dikekalkan sampai akhirnya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Asma’ turut berkongsi pesanan Rasulullah SAW mengenai amanah dan tanggungjawab terhadap wanita dalam sesebuah perkahwinan.

“Bertakwalah kepada Allah dalam urusan wanita. Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan hubungan dengan mereka melalui kalimah Allah,” kongsinya memetik hadis riwayat Muslim.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Merdeka 118 Precinct.

Sumber: Facebook 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

Must Watch Video

Advertisement