Skip to main content

Hiburan

Astro Bawakan All Out SPM By MC+ Kepada Pelajar Di Seluruh Malaysia Menjelang Peperiksaan SPM

Astro Bawakan All Out SPM By MC+ Kepada Pelajar Di Seluruh Malaysia Menjelang Peperiksaan SPM

Sekilas

  • Astro dan MC+ bekerjasama membawakan program ulang kaji SPM interaktif, All Out SPM by MC+, yang akan disiarkan secara langsung pada 24 dan 25 Oktober di pelbagai platform Astro dan media sosial.
  • Program ini menawarkan lapan kelas ulang kaji dengan guru berpengalaman yang fokus pada topik penting dan teknik menjawab soalan untuk membantu pelajar lebih faham dan yakin menghadapi peperiksaan.
  • All Out SPM by MC+ boleh ditonton secara langsung atau On Demand, memudahkan pelajar di seluruh Malaysia mengakses sesi ulang kaji berkualiti tanpa mengira lokasi.
Advertisement

Menjelang peperiksaan SPM yang semakin hampir, Astro, syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, membawakan All Out SPM by MC+, program ulang kaji SPM secara langsung dan interaktif yang pertama di Astro. 

Dihasilkan dengan kerjasama MC+, pusat tuisyen atas talian terbesar di Malaysia, program ini akan bersiaran pada 24 dan 25 Oktober, bermula jam 5 petang, menerusi Astro Tutor TV (CH 603), Astro Prima (CH 105), Astro GO, Sooka serta platform YouTube, TikTok dan Facebook Astro Gempak. Sekiranya penonton terlepas mana-mana sesi, mereka boleh mengikutinya semula menerusi On Demand.

Menawarkan lapan kelas ulang kaji secara langsung sepanjang dua hari, All Out SPM by MC+ membawakan sesi yang memfokuskan subjek-subjek utama SPM. 

Pelajar bukan sahaja dapat mengikuti kelas secara live, malah berpeluang mengemukakan soalan dan mendapatkan jawapan terus daripada guru semasa sesi berlangsung.

Advertisement

Dikendalikan oleh barisan pendidik MC+ yang berpengalaman termasuk Sir Fathi, Sir Badang, Ms Zack Kirana dan guru-guru lain yang terkenal dalam kalangan pelajar, setiap sesi akan memberi tumpuan kepada topik penting, topik yang kerap diuji dalam peperiksaan serta teknik menjawab soalan yang praktikal. 

Pendekatan ini akan membantu pelajar mengukuhkan pemahaman terhadap konsep-konsep utama dan memanfaatkan sepenuhnya masa ulang kaji yang masih berbaki.

Program ini dihasikan berdasarkan pengalaman MC+ dalam membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Pada tahun 2025 sahaja, All Out SPM telah membantu lebih 35,000 pelajar membuat persediaan SPM menerusi program pembelajaran atas taliannya. 

Pendidik MC+ juga dikenali dengan kebolehan mereka menghuraikan topik yang mencabar dan konsep yang sering mengelirukan dengan cara yang lebih mudah difahami, sekali gus membantu pelajar membuat ulang kaji dengan lebih jelas dan yakin.

Ketika pelajar memasuki fasa akhir persediaan menghadapi SPM, All Out SPM by MC+ memberi peluang kepada mereka untuk mengulang kaji topik-topik penting serta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai topik yang mencabar secara langsung. 

Dengan membawakan program ini merentasi platform televisyen, digital dan penstriman Astro, lebih ramai pelajar di seluruh negara akan dapat mengikuti sesi ulang kaji berkualiti tanpa mengira lokasi.

Sempena sambutan 30 tahun Astro bersama rakyat Malaysia menerusi pelbagai cerita, hiburan dan pengalaman, Astro terus berusaha memperluaskan peranannya dalam memperkaya kehidupan masyarakat melangkaui dunia hiburan. 

All Out SPM by MC+ mencerminkan komitmen ini dengan memudahkan akses kepada sokongan pendidikan berkualiti untuk pelajar di seluruh negara, sekaligus membantu generasi muda melengkapkan diri dengan ilmu dan keyakinan untuk menghadapi salah satu detik paling penting dalam perjalanan akademik mereka.

Advertisement

All Out SPM by MC+ boleh ditonton menerusi Astro Tutor TV (CH 603), Astro Prima (CH 105), Astro GO, Sooka serta platform YouTube, TikTok dan Facebook Astro Gempak. 

Program ini juga boleh ditonton semula menerusi On Demand. Untuk akses kepada lebih banyak kandungan pendidikan dan hiburan keluarga, langgan Pek Astro X3 Entertainment serendah RM39.99/sebulan (RRP: RM59.99/sebulan). Strim serta-merta tanpa kotak dan tanpa pemasangan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838 untuk melanggan hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement