Skip to main content

Hiburan

Astro Lancar Mango TV, U Panda TV & Saluran Khas Pokémon Oktober Ini

Astro Lancar Mango TV, U Panda TV & Saluran Khas Pokémon Oktober Ini

Sekilas

  • Astro lancar Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) mulai 1 Oktober, menawarkan drama China, program variasi, dokumentari dan kandungan kekeluargaan dalam bahasa Cina dengan sari kata Melayu, Cina dan Inggeris.
  • Pokémon Pop-Up Channel (CH 121) diperkenalkan sempena ulang tahun ke-30 Pokémon, menyiarkan lebih 600 episod beralih suara Inggeris secara percuma kepada pelanggan Astro, NJOI dan Sooka hingga 31 Disember 2026.
  • Penonton boleh menonton episod Pokémon secara kronologi di saluran tersebut atau melalui On Demand, Astro GO dan Sooka, manakala musim ke-24 versi bahasa Melayu disiarkan di Astro Ceria setiap Khamis dan Jumaat.
Advertisement

Astro memperluaskan tawaran kandungannya menerusi pelancaran Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1 Oktober ini, selain memperkenalkan Pokémon Pop-Up Channel (CH 121) sempena ulang tahun ke-30 francais popular tersebut.

Mango TV membawakan pilihan drama popular China, program variasi asli, rancangan realiti serta filem daripada Hunan TV dan Mango TV.

Advertisement

Saluran berkenaan menawarkan kandungan kontemporari serta berteraskan trend semasa, sekali gus menjadi destinasi baharu buat peminat hiburan China.

Sementara itu, U Panda TV mengetengahkan pilihan kandungan kekeluargaan dan faktual merangkumi sejarah, budaya, pelancongan, alam semula jadi, makanan serta gaya hidup.

Menerusi dokumentari dan penceritaan informatif, saluran tersebut memberi peluang kepada penonton meneroka kepelbagaian landskap, tradisi serta komuniti di China daripada pelbagai perspektif.

Advertisement

Kedua-dua saluran beroperasi 24 jam sehari dalam bahasa Cina dengan pilihan sari kata bahasa Cina, Melayu dan Inggeris.

Dalam masa sama, Astro turut meraikan ulang tahun ke-30 Pokémon menerusi pelancaran Pokémon Pop-Up Channel, saluran televisyen khusus Pokémon pertama di Malaysia.

Saluran tersebut boleh dinikmati tanpa bayaran tambahan oleh semua pelanggan Astro, NJOI dan Sooka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Lebih 600 episod alih suara bahasa Inggeris akan ditayangkan, sekali gus memberi peluang kepada peminat mengimbau kembali pelbagai momen ikonik daripada francais Pokémon.

Penonton juga boleh menikmati episod pilihan menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka pada bila-bila masa.

Pokémon Pop-Up Channel menampilkan 13 siri termasuk Pokémon: Indigo League, Pokémon: The Johto Journeys, Pokémon the Series: XY, Pokémon the Series: Sun & Moon serta Pokémon Ultimate Journeys: The Series.

Episod akan ditayangkan mengikut turutan kronologi bermula musim pertama dengan lapan episod baharu disiarkan setiap hari bekerja.

Bagi penonton yang mahu mengikuti musim lebih terkini, Pokémon Master Journeys: The Series musim ke-24 versi alih suara bahasa Melayu boleh ditonton menerusi Astro Ceria (CH 611) setiap Khamis dan Jumaat, pukul 3 petang.

Pelanggan juga boleh melanggan Astro X3 Entertainment Pack bermula RM39.99 sebulan berbanding harga runcit RM59.99 sebulan dan menikmati penstriman serta-merta tanpa memerlukan kotak atau pemasangan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan Neflix High Quality

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan Neflix High Quality

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement