Skip to main content

Hiburan

Astro Raih 19 Pengiktirafan Pemenang Kebangsaan AACA 2026

Astro Raih 19 Pengiktirafan Pemenang Kebangsaan AACA 2026

Sekilas

  • Astro raih 19 pengiktirafan Pemenang Kebangsaan pada Asian Academy Creative Awards 2026 menerusi pelbagai kandungan dan bakat tempatan.
  • Drama Good Boys Go to Heaven dan filem Malam Terlarang antara karya paling menyerlah dengan beberapa anugerah utama.
  • Pengiktirafan ini membolehkan wakil Malaysia bersaing ke peringkat antarabangsa pada majlis kemuncak di Singapura, 3 Disember 2026.
Advertisement

Astro mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih 19 pengiktirafan Pemenang Kebangsaan pada Asian Academy Creative Awards (AACA) 2026 menerusi pelbagai kandungan, bakat dan produksi tempatan.

Antara karya paling menyerlah ialah drama Good Boys Go to Heaven yang membawa pulang lima pengiktirafan termasuk Drama Bersiri Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama menerusi Beto Kusyairy, Sinematografi Terbaik (Fiksyen), Penyuntingan Terbaik serta Lakon Layar Terbaik. 

Filem Malam Terlarang pula mencatat empat pengiktirafan menerusi kategori Filem Cereka Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Dalam Peranan Sokongan buat Sofia Jane, Pengarahan Terbaik (Filem Cereka) menerusi Allahyarham Norhanisham Muhammad serta Promo atau Trailer Terbaik. 

Program Talk To My Manager turut menyerlah menerusi dua kategori iaitu Hiburan Tanpa Skrip Terbaik serta Hos Hiburan Terbaik yang dimenangi Datuk Aznil Haji Nawawi. 

Selain itu, pelbagai kandungan Astro turut dipilih sebagai Pemenang Kebangsaan Malaysia dalam kategori masing-masing.

Senarai 19 pengiktirafan Astro adalah seperti berikut:

  1. Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama – Beto Kusyairy, Good Boys Go to Heaven
  2. Pelakon Wanita Terbaik Dalam Peranan Sokongan – Sofia Jane, Malam Terlarang
  3. Adaptasi Format Sedia Ada Terbaik (Skrip) – Bad Cop
  4. Program Berjenama Terbaik – Dapur Bapak Bapak
  5. Sinematografi Terbaik (Fiksyen) – Tan Teck Zee, Good Boys Go to Heaven
  6. Pengarahan Terbaik (Filem Cereka) – Allahyarham Norhanisham Muhammad, Malam Terlarang
  7. Drama Bersiri Terbaik – Good Boys Go to Heaven
  8. Penyuntingan Terbaik – Basil Faizal & Safwan Salleh, Good Boys Go to Heaven
  9. Hos Hiburan Terbaik – Datuk Aznil Haji Nawawi, Talk To My Manager
  10. Penyampai Faktual Terbaik – Boey Leong, Prime Talk
  11. Filem Cereka Terbaik – Malam Terlarang
  12. Program Hiburan Umum, Permainan atau Kuiz Terbaik – Astro KUDADA CNY Countdown Gala 2026
  13. Program Muzik atau Tarian Terbaik – Astro Star Quest 2025
  14. Hiburan Tanpa Skrip Terbaik – Talk To My Manager
  15. Promo atau Trailer Terbaik – Malam Terlarang
  16. Lakon Layar Terbaik – Mira Mustaffa, Good Boys Go to Heaven
  17. Kandungan Bentuk Pendek Terbaik – Life In A Loop
  18. Drama Tunggal/Telemovie/Episod Antologi Terbaik – Kerikil Depan Pintu
  19. Kesan Visual atau Khas Terbaik Dalam Siri TV atau Filem Cereka – Sujud Terakhir Encik Norman 

Selain daripada itu, Viu Malaysia juga meraih lima kemenangan peringkat kebangsaan di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2026 menerusi produksi Viu Original dalam kategori lakonan, pengarahan, muzik, dan penceritaan format pendek.

Advertisement
  • Senarai Pemenang Peringkat Kebangsaan:
    • Viu Original Seadanya Kita:
      • Emma Maembong memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Best Actress in a Leading Role).
      • Lagu tema rasmi "Berakhir Kita" (ciptaan Omar K dan Shazriq Azeman, dinyanyikan oleh Syamel) memenangi Lagu Tema Terbaik (Best Theme Song or Title Theme).
    • Viu Original Kelas Belakang:
      • Nurhanisham Muhammad memenangi Pengarahan Terbaik Skrip (Best Direction (Scripted)).
      • Farihin Arnia memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Best Actor in a Supporting Role).
    • Viu Micro Drama Cinta Ori(diterbitkan bersama Creative Stew dan Mi Sedaap Malaysia): Memenangi Drama Mikro Terbaik (Best Micro-Drama) dalam format penceritaan vertikal 9:16.
       

Pengiktirafan Pemenang Kebangsaan tersebut membolehkan wakil Malaysia meneruskan persaingan ke pusingan antarabangsa sebelum pemenang utama AACA 2026 ditentukan.
 

Majlis kemuncak AACA 2026 dijadualkan berlangsung di Capitol Theatre, Singapura pada 3 Disember depan.

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Must Watch Video

Advertisement