Skip to main content

Berita Tempatan

Astro Sajikan Kandungan TVS Sepanjang Bulan Kemerdekaan

tvs

Sempena sambutan bulan kemerdekaan dan kempen Inilah KITA, Astro dengan bangganya membawakan kandungan istimewa dari TVS (TV Sarawak) ke kaca televisyen anda. 

Inisiatif ini merupakan penghargaan kepada kepelbagaian budaya dan warisan rakyat Malaysia, khususnya dari Bumi Kenyalang, sambil memperkukuh semangat perpaduan nasional.

Advertisement

Astro turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TVS atas kerjasama erat dalam menyemarakkan saluran KITA dengan kandungan yang sarat nilai, budaya dan inspirasi. 

Sempena sambutan bulan kemerdekaan dan kempen Inilah KITA, Astro dengan bangganya membawakan kandungan istimewa dari TVS (TV Sarawak) ke kaca televisyen anda. Inisiatif ini merupakan penghargaan kepada kepelbagaian budaya dan warisan rakyat Malaysia, khususnya dari Bumi Kenyalang, sambil memperkukuh semangat perpaduan nasional.

Astro turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TVS atas kerjasama erat dalam menyemarakkan saluran KITA dengan kandungan yang sarat nilai, budaya dan inspirasi. Sepanjang bulan ini, penonton akan disajikan dengan pelbagai program menarik yang menampilkan keunikan komuniti dan landskap Sarawak.

Antara program-program menarik yang bakal ditayangkan termasuk:
 

Aroma Puncak Borneo
1 September – 17 September
8.30 pagi – 9.00 pagi
Sinopsis: Sebuah program yang membawa penonton menyelusuri keindahan alam semula jadi dan kekayaan rasa dari puncak-puncak Borneo, sambil mengenali budaya tempatan yang unik.


Journey Of Bidayuh
1 September – 9 September
9.00 pagi – 9.30 pagi
Sinopsis: Ikuti perjalanan komuniti Bidayuh dalam mengekalkan tradisi, bahasa dan identiti mereka di tengah arus pemodenan.


Pejalai Kamek Orang
1 September – 11 September
7.30 malam – 8.00 malam
Sinopsis: Sebuah dokumentari yang menyelami kisah kehidupan dan perjuangan masyarakat Sarawak dalam mengekalkan warisan mereka.


Setenang Mata Memandang (6 episod)
10 September – 17 September
9.00 pagi – 9.30 pagi
Sinopsis: Siri ini membawa penonton menyaksikan keindahan landskap dan kehidupan harian masyarakat luar bandar Sarawak yang penuh ketenangan dan nilai kemanusiaan.

Dengan penawaran kandungan ini, Astro dan TVS berharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh kefahaman antara budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Saksikan dan raikan kemerdekaan dengan lebih bermakna bersama kami di saluran KITA (CH100)! 

Inilah Kita Sehati Bersama.

Must-Watch Video