Skip to main content

Filem

Astro Shaw ‘Belanja’ Sedikit Scene Malam Terlarang, Ramai Tak Sabar Tunggu Tayangan - “Jantung Aku Dah Laju, Seram Weh!”

bhjhjhjk

Baru perkongsian satu babak pendek, filem Malam Terlarang sudah pun berjaya membuat ramai penonton ‘meremang bulu roma’ dan tidak sabar menantikan tayangan penuhnya di pawagam tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Astro Shaw, produksi itu berkongsi satu klip pendek yang memaparkan babak lakonan Shasha Abedul sebagai Mawar, di mana dia membuka suis lampu yang tiba-tiba tertutup semula, sebelum kelibat makhluk menyeramkan muncul di hadapannya.

Advertisement

 

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui babak berdurasi beberapa saat itu sudah cukup membuatkan mereka trauma dan teruja untuk menonton naskhah seram arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) itu.

 

“Pandai betul diorang pilih scene, baru teaser pun dah seram weh!

“Cepatlah tayangannya, kami dah tak sabar!

“Dia punya cut scene pun dah gempak, boleh letak high expectation untuk movie ni!

“Baru teaser pun jantung aku dah laju, tak sabar nak tengok full!,” komen beberapa netizen. 

Filem Malam Terlarang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Oktober ini, menjanjikan gabungan elemen seram, misteri dan emosi yang bakal membuat penonton tidak senang duduk.

Diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu), filem ini turut menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Shasha Abedul, Zul Ariffin, Sofea Jane, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Haneesya Hanee dan Hasnul Rahmat.

Must-Watch Video

Advertisement