Skip to main content

Hiburan

Astro Shaw Lancar Teaser ASCU: Kitab Kataha, Cetus Misteri Baharu

Astro Gempak 469

Sekilas

  • Astro Shaw lancar video terbaru ASCU: Kitab Kataha yang membuka dimensi misteri baharu dalam dunia sinematik tempatan.
  • Video berdurasi hampir dua minit ini menampilkan karakter misteri dan kitab bersimbol segitiga yang berkait rapat dengan dunia ASCU.
  • Astro Shaw bekerjasama dengan Immersify Kuala Lumpur dan Kopi WONDA untuk pengalaman hiburan interaktif serta platform digital bagi peminat mengikuti teori dan petunjuk tersembunyi.

Astro Shaw terus mengembangkan dunia sinematik tempatan apabila melancarkan video terbaharu Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU): Kitab Kataha yang kini mencetuskan pelbagai teori dan persoalan dalam kalangan peminat.

Jika sebelum ini ASCU: The Beginning menjadi langkah awal yang menghubungkan watak-watak ikonik seperti Inspektor Sani dan Inspektor Khai daripada Polis Evo, Kahar dari High Council serta bayangan adiwira Keluang Man, kali ini ASCU: Kitab Kataha pula membuka dimensi misteri baharu dalam dunia tersebut.

efbg

Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, video Astro Shaw Cinematic Universe sebelum ini berjaya meraih lebih 26 juta tontonan selain mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan penonton.

“Kehadiran ASCU: Kitab Kataha dijangka mencipta lebih banyak persoalan dan perdebatan seterusnya mencetuskan rasa ingin tahu tentang dunia ASCU.

“Pendekatan ini menjadikan peminat bukan sekadar pemerhati pasif tetapi turut aktif menganalisis,” katanya.

Tambah beliau, pelancaran video tersebut di Immersify Kuala Lumpur juga menjadi langkah awal kerjasama dalam membina pengalaman hiburan lebih interaktif.

“Usahasama ini bukan sekadar kolaborasi tetapi refleksi kepada arah tuju Astro Shaw dalam membina dunia yang bukan sahaja ditonton tetapi dialami,” katanya.

Video berdurasi satu minit 52 saat itu membawa penonton menjejaki kehadiran satu karakter misteri yang dilihat sedang memburu sesuatu, selain kemunculan sebuah kitab bersimbol segitiga yang dipercayai mempunyai kaitan besar dengan dunia ASCU.

Di bawah seliaan Pengarah Kreatif ASCU, Alfie Palermo, video tersebut diarahkan dua pengarah muda berbakat, Mshaffuan dan Sofyank yang terkenal dengan penghasilan kandungan digital dan VFX tempatan serta antarabangsa.

Turut terlibat ialah Nicholas Chin selaku pengarah sinematografi yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34).

Dalam masa sama, Astro Shaw bersama Kopi WONDA turut memperkenalkan Spill The Beans (STB), sebuah platform kandungan digital yang membolehkan peminat mengikuti pelbagai teori, petunjuk tersembunyi serta ‘easter eggs’ berkaitan dunia ASCU menerusi akaun @wandaudrasmi.

Immersify Kuala Lumpur merupakan galeri seni media imersif pertama di Malaysia yang terletak di Bukit Bintang City Centre dengan keluasan 30,000 kaki persegi serta menawarkan pengalaman visual berskala besar dan interaktif.

Astro Shaw turut memaklumkan filem seperti Malam Terlarang dan Keluang Man bakal menjadi pembuka kepada pengalaman imersif tersebut sebelum diikuti judul lain termasuk Polis Evo.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Advertisement