Sekilas
- Astro akan menyiarkan Rancangan Khas: Tun Dr Hasmah, Dalam Kenangan malam ini sebagai penghormatan kepada Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali.
- Program ini mengimbas kembali perjalanan hidup dan sumbangan besar Allahyarhamah kepada negara, dengan perkongsian daripada tokoh terkenal seperti Datuk Rashid Sidek dan Datuk Aznil Hj Nawawi.
- Siarkan secara langsung pada 29 September 2026, jam 9 malam di Astro Ria dan Astro GO, program ini mengajak orang ramai untuk mengenang jasa dan kehidupan Allahyarhamah.
Astro bakal menyiarkan Rancangan Khas: Tun Dr Hasmah, Dalam Kenangan sebagai penghormatan buat Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali, malam ini.
Program khas tersebut akan mengimbas kembali kenangan, perjalanan hidup serta sumbangan Allahyarhamah yang banyak mewarnai sejarah negara.
Turut berkongsi penghormatan dan kenangan dalam program berkenaan ialah Datuk Rashid Sidek, Datuk Cheah Soon Kit, Karamjit Singh, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Yusry, Datin Lisa Surihani serta ramai lagi.
Menerusi perkongsian MeleTOP di Instagram, program tersebut diadakan bagi mengenang Allahyarhamah dengan penuh rasa hormat dan kasih selain memberi peluang kepada masyarakat menyelami kembali sisi kehidupan serta jasa yang ditinggalkannya.
Orang ramai dijemput menyaksikan Rancangan Khas: Tun Dr Hasmah, Dalam Kenangan yang akan disiarkan secara langsung dan eksklusif malam ini, 29 September 2026, pada pukul 9 malam menerusi Astro Ria dan Astro GO.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengenang dan memberi penghormatan kepada Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah menerusi program khas tersebut.