Skip to main content

Hiburan

Asyik Kerja Musim Puasa & Raya, Ezzanie Jasny Luah Rasa Sedih Tak Sempat Nikmati Momen - “Setiap Tahun Macam Sama Saja…”

ASTROGEMPAK Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny mengakui sudah bertahun-tahun bekerja sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tanpa banyak cuti.
  • Dia rasa sedih kerana jarang dapat menikmati momen bersama keluarga dan rakan-rakan semasa musim perayaan.
  • Tahun hadapan, Ezzanie bercadang untuk berehat dan meluangkan masa sepenuhnya bersama orang tersayang semasa puasa dan raya.
Advertisement

Pelakon Ezzanie Jasny mengakui sudah bertahun-tahun dirinya terikat dengan komitmen kerja sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

 

Advertisement

Menurut Ezzanie, situasi tersebut membuatkan dia jarang berpeluang menikmati sepenuhnya momen istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

“Saya rasa dah bertahun-tahun saya kerja waktu bulan puasa dan raya. Setiap tahun macam sama saja, dapat cuti kejap saja lepas itu sambung balik kerja.

Advertisement

 

“Hmm saya tak tahu… kadang-kadang rasa sedih juga sebab macam tak sempat betul-betul enjoy the momen. Macam waktu dengan keluarga, open house kawan-kawan. Raya pula setahun sekali,” katanya.

 

Tambahnya lagi, dia mula memasang niat untuk mengambil masa berehat pada tahun hadapan agar tidak terus terlepas detik-detik berharga itu.

 

“Mungkin tahun hadapan saya rasa, saya nak ambil masa berehat kot. Sekurang-kurangnya waktu puasa dan raya. Hanya nak hadir dan nikmati masa tanpa tergesa-gesa atau memikirkan kerja sepanjang masa.

 

“Saya rasa saya tidak mahu terus terlepas saat-saat ini… semoga tahun depan saya benar-benar melakukannya,” kongsinya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

Must Watch Video

Advertisement