Skip to main content

Rancangan Realiti

Asyik Muka Sama Jadi Hos? Astro Ria Buka Ruang Cari Pelapis Baharu Menerusi Program ‘Malaysia Host Wanted’!

rghrtr

Sekilas

  • Industri hiburan Malaysia kini menghadapi kekurangan hos televisyen berkaliber dengan generasi muda belum bersedia menggantikan hos senior.
  • Platform digital menarik minat bakat muda menjadi content creator, namun kemahiran hos TV sebenar memerlukan lebih daripada sekadar keyakinan di depan kamera telefon.
  • Astro Ria akan melancarkan program Malaysia Host Wanted pada 18 Disember untuk mencari dan membentuk pelapis hos profesional baharu bagi memastikan kelangsungan industri hiburan tempatan.

Industri hiburan tanah air kini berdepan fenomena ‘host drought’ apabila jumlah hos televisyen berkaliber semakin mengecil, sementara generasi baharu masih belum yakin dan mampu untuk setanding dengan pengacara senior.

Walaupun platform digital meriah dengan ratusan pencipta kandungan, ramai dalam kalangan mereka dilihat tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai hos TV arus perdana khususnya bagi rancangan besar dan siaran langsung.

Perkembangan itu turut mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen yang mula bertanya mengenai pelapis hos.

efrdf

“Mana pelapis muda kita? Sampai bila hos yang sama saja muncul?” komen seorang individu di media sosial.

Menurut pemerhati industri, perubahan landskap hiburan dan kemunculan platform digital telah mengalihkan minat ramai bakat muda ke arah menjadi content creator berbanding hos televisyen.

Walaupun kelihatan seakan sama, definisi seorang hos TV sebenar menuntut kemahiran lebih tinggi, termasuk keupayaan mengawal program besar, mengekalkan tempo rancangan, menangani tekanan siaran langsung dan menjadi wajah utama sesebuah produksi.

Kemahiran itu tidak boleh hanya bergantung kepada keyakinan di depan kamera telefon.

Melihat kekurangan pelapis baharu yang benar-benar bersedia, Astro Ria dikatakan bakal mengambil langkah proaktif menerusi sebuah rancangan terbaharu berjudul Malaysia Host Wanted, yang dijadualkan berlangsung 18 Disember ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Thinker Studios, program tersebut dilihat sebagai usaha mengisi ruang kosong dalam barisan hos profesional negara.

Diharapkan, program ini dapat membentuk generasi baharu yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai wajah baharu hos di Malaysia.

Program pencarian itu bukan sekadar pertandingan biasa, sebaliknya dilihat sebagai misi ‘nation-building’ untuk industri hiburan, membuka peluang kepada bakat muda menjadi hos berpengaruh yang boleh berdiri sebaris dengan nama besar sedia ada.

Dengan industri kini bergantung kepada hos senior yang sama mengemudi kebanyakan program utama, langkah mencari pengganti generasi baharu dilihat sangat penting bagi kelangsungan hiburan tempatan.

Malaysia Host Wanted dijangka menjadi platform utama untuk mencungkil bakat yang berkebolehan mengendalikan rancangan besar, memiliki personaliti kuat dan mampu memikul jenama televisyen negara.

Program ini sekali gus boleh menjawab persoalan ramai:

Di mana generasi baharu yang akan meneruskan legasi hos terbaik Malaysia?

Must-Watch Video

Advertisement