Sekilas
- Asyraf Khalid memohon maaf secara terbuka kepada Fazura atas kenyataan dan campur tangannya sebelum ini.
- Mereka bersemuka dalam suasana tenang dan berbincang secara matang, di mana Fazura menerima permohonan maaf Asyraf.
- Asyraf juga memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dan mengakui kesilapannya sambil berjanji untuk terus memperbaiki diri.
Usahawan dan pempengaruh, Asyraf Khalid akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada pelakon dan usahawan, Fazura, berhubung kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.
Menerusi beberapa perkongsian di Threads, Asyraf berkongsi detik pertemuan mereka yang berlangsung dalam suasana tenang dan matang.
Menurutnya, pertemuan tersebut berlaku apabila mereka secara kebetulan berada dalam satu majlis yang sama, sebelum mengambil peluang untuk bersemuka dan menyelesaikan perkara yang tertangguh.
“Today, when Bella checked if we were comfortable being seated together, I said, of course, no issue from my side.
"When Fazura arrived, we exchanged salam. Had a small chat.
"And I could sense, this wasn’t just about the netizens.
"She was perhaps also affected by what I said. Especially because we knew each other before all of this," tulis Asyraf.

Asyraf kemudian mengambil kesempatan untuk menyatakan permohonan maaf secara langsung kepada Fazura atas tindakannya sebelum ini.
“So when I had the moment, I leaned forward and said,
“Faz, I want to apologise for what I said. I shouldn’t have commented or interfered in other people’s issues.”
"She listened. And she said, she accepts my apology.
"After that? We just continued catching up. About life. About everything. She was genuinely kind. And that said a lot about her character," tambahnya.
Dalam masa sama, Asyraf turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan dengan kenyataannya sebelum ini, selain mengakui kesilapan yang dilakukan.
“To anyone who was affected by what I said back then. I’m sorry. Genuinely. I’ve learned. I’ve grown. And I’ll continue to do better," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Asyraf dan isteri, Tya Arifin menerima kecaman hebat daripada warganet susulan tindakan mengupas isu pergolakan rumah tangga di antara Fazura dan bekas suami, Fattah Amin dalam satu sesi podcast.