Skip to main content

Selebriti

Atas Permintaan Ramai, Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 Kembali Lagi! Ini Senarai 10 Penyanyi Hebat Era 80an & 90an Yang Terlibat

Konsert Ijmal

Sekilas

  • HS Event & Ent Sdn Bhd akan menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 dengan menampilkan artis popular era 80an dan 90an.
  • Konsert ini menggabungkan elemen hiburan dakwah dengan aktiviti ibadah seperti tadarus Al-Quran, tazkirah, dan solat berjemaah sepanjang bulan Ramadan.
  • Hasil jualan tiket akan digunakan untuk membantu anak seni yang menghadapi masalah kesihatan dan kewangan serta memberi duit raya kepada anak yatim.

Kehadiran Ramadan memang sering dinantikan umat Islam di seluruh dunia kerana pada bulan inilah kita diwajibkan menunaikan salah satu rukun Islam iaitu ibadah berpuasa dengan menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara yang dilarang.

Maka, tidak hairan mengapa banyak pihak yang mengambil keberkatan di bulan suci ini dengan menganjurkan pelbagai acara atau program berkaitan dakwah dan kebajikan setiap tahun, tidak terkecuali syarikat HS Event & Ent Sdn Bhd.

Kekal dengan program berkonsep hiburan dakwah tahunan mereka yang sentiasa mendapat sambutan positif daripada peminat, HS Event & Ent Sdn Bhd dengan kerjasama Saloma bakal menganjurkan Konsert ljmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 ini.

Konsert ini menampilkan ramai artis terkemuka dari era 80an dan 90an seperti Shima, To'Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan.

Penganjurnya, Datin Sri Dr Riza Datuk Che Umar bersama rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata, penganjuran konsert ljmal Cinta Ramadan 3.0 ini dilakukan berdasarkan permintaan yang diterima daripada peminat seni.

"Rata-rata mereka menyukai konsep hiburan dakwah yang cuba kami tampilkan di dalam penganjuran konsert-konsert sebelum ini.

"Di mana kita bukan sahaja menampilkan elemen persembahan dengan nilai-nilai spiritual dan ketuhanan yang bersesuaian, namun apa yang lebih penting la turut diisi dengan beberapa aktiviti ibadah yang cukup signifikan di di bulan ramadan.

"Antaranya, tadarus Al-Quran dan tazkirah sebelum berbuka puasa, disusuli dengan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat Isyak dan tarawih diadakan, barulah persembahan artis bermula," jelasnya.

Mengulas mengenai penglibatan 10 artis yang terlibat di dalam konsert ini, Mubarak berkata, pihaknya tidak menyangka bahawa kesemua nama-nama besar ini sudi menerima tawaran mereka untuk menjayakan konsert ini.

"Saya percaya ramai teruja untuk melihat mereka beraksi, apatah lagi kebanyakan mereka sudah mengukir perjalanan kerjaya seni yang hebat serta memiliki ramai pengikut serta peminat.

Jelas Mubarak lagi, tidak semata-mata hanya untuk berhibur dan mengikuti aktiviti ibadah yang disusun, peminat juga berpeluang beramal melalui setiap pembelian tiket secara langsung untuk program konsert ini.

"Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, kita akan berusaha mencari sekurang-kurangnya 25 orang anak seni yang berdepan dengan masalah kesihatan dan kewangan melalui sumbangan yang dihulurkan.

“Pemberian duit raya pula akan diberikan kepada anak-anak yatim yang diraikan.

"Semoga apa yang kita lakukan ini akan membantu meringkan beban anak-anak seni ini menjelang sambutan Aidilfitri, manakala pemberlan duit raya pula akan memberikan kegembiraan buat anak-anak yatim ini," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement