Skip to main content

Selebriti

Atikah Suhaime Tunggu Masa Sesuai Timang Anak Kedua, Tak Perlu Nak Terburu-Buru - “Rozita Che Wan Boleh Je Pregnant Waktu Berumur”

Atikah Suhaime tak terburu-buru nak anak kedua

Pelakon, Datin Atikah Suhaime memilih untuk tidak tergesa-gesa menambah bilangan cahaya mata dalam masa terdekat.

Menurut Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Suhaime, 34, dia percaya bahawa masa yang sesuai akan tiba dengan sendirinya.

Advertisement

“Mengandung lagi? Lambat lagi, alah Rozita Che Wan boleh je mengandung waktu umur berumur. Okay sahaja, elok sahaja.

“Tak perlu nak tergesa-gesa hanya sebab mengandung lambat nanti risiko tinggi. Saya akan tentukan masa saya sendiri bila nak mengandung,” tulisnya di Insta Stories.

Dalam pada itu, Atikah juga turut berkongsi pengalaman ketika hamil anak pertama.

Kata Atikah, dia mengalami kenaikan berat badan secara mendadak namun berjaya kembalikan bentuk tubuh asal selepas menjaga pemakanan.

“Masih ingat lagi, waktu mengandung makan macam ni pun tetap badan bambam gedabak.

“Sesetengah mereka yang hamil macam giant, saya lah salah seorangnya. Tetapi saya bersyukur dapat kembali ke bentuk badan asal, alhamdulillah,” kongsinya.

Terdahulu, Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif jenama kecantikan Zaitun, pada Januari 2024.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Lyla Mulan Teh, Mac lalu.

Must-Watch Video