Skip to main content

Selebriti

Atilia Haron Terharu, Peminat Sanggup Hulur RM20,000 Untuk Konsert - “Pada Mulanya Mereka Kata…”

Atilia

Sekilas

  • Atilia Haron terharu apabila pasangan suami isteri menyumbang RM20,000 untuk konsertnya yang akan berlangsung pada 19 September di Robert's Theatre, The Campus Ampang.
  • Konsert berdurasi 90 minit ini akan menampilkan lebih 40 lagu, susunan baharu, karya terkini, serta penampilan khas kumpulan muzik Indonesia, SORE Ze Band.
  • Tiket konsert dijual dalam empat kategori dengan harga bermula RM168 hingga RM248, dan boleh dibeli secara dalam talian di myticket.asia.
Advertisement

Penyanyi, Atilia Haron meluakan rasa terkejut dan terharu apabila ada peminat sanggup menghulurkan RM20,000 bagi membantu menjayakan Atilia Haron In Concert yang bakal berlangsung pada 19 September ini.

Berkongsi mengenai perkara itu, Atilia berkata pasangan suami isteri itu pada mulanya mahu membeli tujuh tiket konsert, namun tanpa disangka mereka menyerahkan wang berjumlah RM20,000 sebagai tanda sokongan terhadap perjalanan karier seninya.

Advertisement

“Peminat ini merupakan suami isteri ini kata mahu membeli tujuh keping tiket dan mereka beri RM20,000.

“Kemudian mereka bertanya mahu duduk di mana. Saya kata nak duduk atas pentas pun boleh. Saya ada peminat sebegitu. Peminat saya tidak ramai tetapi mereka setia.

“Kesetiaan mereka membuatkan saya rasa mahu terus mengadakan konsert. Pasangan ini hadir ke show saya daripada dulu sampai sekarang.

“Saya sangat sangat menghargai peminat dan disebabkan itu juga saya akan lakukan yang terbaik untuk konsert ini,” katanya.

Atilia berkata demikian ketika ditemui di sidang media Atilia Haron In Concert di The Campus Ampang, pada Khamis.

Atilia Haron In Concert bakal berlangsung di Robert's Theatre, The Campus Ampang, pada 19 September depan.

Persembahan berdurasi 90 minit itu bakal menghimpunkan lebih 40 lagu daripada katalog muziknya menerusi susunan baharu, karya terkini serta beberapa duet istimewa yang mencerminkan sisi peribadi dan kreatifnya.

Konsert ini juga akan diserikan lagi dengan penampilan kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, SORE Ze Band, yang bukan sahaja tampil sebagai artis jemputan, malah turut memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju artistik konsert ini.

Tiket terbahagi kepada empat kategori iaitu:

Prahara (RM248, Tempat Duduk Kuning) menawarkan pengalaman paling eksklusif dengan sesi Meet & Greet bersama Atilia Haron

Prahara (RM228, Tempat Duduk Merah) membolehkan penonton menikmati persembahan dari jarak yang lebih dekat.

Indah (RM188, Tempat Duduk Biru) dan Sangkar (RM168, Tempat Duduk Hijau) menawarkan pengalaman tontonan yang selesa mengikut pilihan penonton.

Tiket kini boleh didapati di https://myticket.asia/events/atilia-haron-in-concert/

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement