Skip to main content

Konsert

Atilia Tampil Dengan Atilia Haron In Concert September Ini, Sore Ze Band Diumum Sebagai Artis Jemputan

Atilia concert

Sekilas

  • Atilia Haron akan mengadakan konsert bertajuk Atilia Haron In Concert pada 19 September 2026 di Robert’s Theatre, The Campus Ampang.
  • Konsert berdurasi 90 minit ini menampilkan lebih 40 lagu dari katalog muzik Atilia dengan susunan baharu dan kolaborasi khas bersama SORE Ze Band dari Indonesia.
  • Tiket dijual dalam empat kategori dengan harga bermula RM168 dan boleh dibeli di myticket.asia.
Advertisement

Penyanyi, Atilia Haron mengumumkan bakal melangsungkan konsert Atilia Haron In Concert September depan.

Atilia Haron In Concert menandakan satu detik penting dalam perjalanan seni Atilia dengan sebuah konsert yang melangkaui persembahan muzik konvensional.

Advertisement

Konsert ini bakal diterjemahkan sebagai pengalaman yang membangkitkan kenangan, menyentuh jiwa dan memberi nafas baharu.

Berteraskan hubungan emosi yang mendalam dan evolusi seni Atilia, konsert ini membawa penonton menyelami ruang yang cukup peribadi, di mana setiap lagu dihidupkan semula dan ditafsirkan dengan perspektif baharu, berlandaskan kematangan, kejujuran serta kehadiran yang tulus.

Konsert ini turut menandakan persembahan berskala besar pertama yang menampilkan evolusi identiti seni Atilia.

Lebih daripada sekadar mengimbau perjalanan seni yang lalu, konsert yang berdurasi 90 minit ini meraikan evolusi Atilia Haron sebagai seorang pengkarya.

Menampilkan lebih 40 buah lagu daripada katalog muziknya, persembahan ini membawa penonton mengimbau detik-detik penting dalam perjalanan seninya menerusi susunan lagu yang diberi nafas baharu, karya-karya terkini serta duet-duet istimewa yang mencerminkan sisi peribadi dan kreatif Atilia.

Lebih istimewa lagi, konsert akan diserikan lagi dengan penampilan kumpulan muzik tersohor dari Indonesia, SORE Ze Band, yang bukan sahaja tampil sebagai artis jemputan, malah turut memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju artistik konsert ini.

Kolaborasi kreatif bersama SORE Ze Band ini memainkan peranan penting dalam membentuk identiti muzik konsert kelak.

Berteraskan visi artistik yang seiring serta hubungan peribadi Atilia dengan Allahyarham Ade Paloh, kolaborasi ini menampilkan susunan muzik eksklusif dan persembahan bersama yang dirancang khas, sekali gus menyuntik dimensi emosi yang lebih mendalam serta memperkayakan pengalaman muzikal sepanjang konsert berlangsung.

Landskap bunyi konsert ini pula diterajui oleh pengarah muzik Fly Halizor, yang menyatukan kejelasan artistik, penghayatan emosi dan keseimbangan dalam setiap persembahan.

Sebagai penyokong teguh perjalanan seni Atilia sejak awal pembabitannya dalam industri muzik, Persatuan Karyawan Malaysia terus mengiktiraf sumbangan berterusan penyanyi dan penulis lagu  itu terhadap landskap muzik tempatan.

Sebagai rakan kolaborasi utama Atilia Haron In Concert, persatuan ini meneruskan komitmennya dalam meraikan bakat tempatan menerusi sokongan terhadap inisiatif yang mengiktiraf evolusi cemerlang Atilia, bukan sahaja sebagai seorang pengkarya, malah juga sebagai usahawan.

Atilia Haron In Concert bakal berlangsung pada 19 September 2026, jam 8.00 malam di Robert’s Theatre, The Campus Ampang.

Tiket terbahagi kepada empat kategori iaitu:

Prahara (RM248, Tempat Duduk Kuning)menawarkan pengalaman paling eksklusif dengan sesi Meet & Greet bersama Atilia Haron

Prahara (RM228, Tempat Duduk Merah) membolehkan penonton menikmati persembahan dari jarak yang lebih dekat.

Indah (RM188, Tempat Duduk Biru) dan Sangkar (RM168, Tempat Duduk Hijau) menawarkan pengalaman tontonan yang selesa mengikut pilihan penonton.

Tiket kini boleh didapati di https://myticket.asia/events/atilia-haron-in-concert/

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement