Skip to main content

Hiburan

Atiq Azman Bergelar Bapa, Timang Anak Lelaki - “Alhamdulillah Atas Rezeki Yang Indah Dari Allah Ini”

Atiq Azman

Sekilas

  • Pelakon Atiq Azman dan isterinya, pempengaruh Alia Natasha, kini bergelar ibu bapa selepas kelahiran anak lelaki mereka, Raja Muhammad Aaryan.
  • Atiq berkongsi rasa syukur dan doa agar anak sulung mereka membesar menjadi anak soleh, kuat, dan bijaksana dalam satu hantaran di Instagram.
  • Atiq turut mengucapkan terima kasih kepada Alia atas pengorbanan dan kekuatan beliau sepanjang proses kelahiran.

Tahniah buat pelakon, Atiq Azman yang kini bergelar bapa selepas isterinya yang juga pempengaruh, Alia Natasha selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

Berita baik itu dikongsikan Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah dalam satu hantaran penuh syukur di Instagram (IG).

Atiq yang menamakan anak sulungnya itu sebagai Raja Muhammad Aaryan menitipkan doa agar cahaya matanya itu membesar menjadi anak yang soleh dalam keluarga.

“Raja Muhammad Aaryan, welcome to our family, my precious baby. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah dari Allah SWT.

“Semoga Aaryan membesar menjadi anak yang soleh, kuat, bijaksana, dan sentiasa dilindungi Allah dalam setiap langkah kehidupan.

“May Allah bless you with endless health, iman yang teguh, rezeki yang luas, dan hati yang sentiasa penuh dengan kasih sayang,” tulis Atiq.

Menerusi hantaran yang sama, Atiq turut menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang sudah berkorban dan bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

“Dan buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran, dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

“You are the strongest woman I know, dan hari ini menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang seorang ibu. Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah yang paling berharga.

“We love you more than words can ever describe,” luah Atiq.

Untuk rekod, Atiq dan Alia selamat bergelar isteri pada 21 Februari 2025 yang lalu.

Sumber: Instagram Atiq Azman

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement