Skip to main content

Hiburan

“Awak Boleh Jadi Pelakon Yang Bagus” – Kata-Kata Vijay Kekal Dalam Ingatan Irfan Zaini

“Awak Boleh Jadi Pelakon Yang Bagus”  – Kata-Kata Vijay Kekal Dalam Ingatan Irfan Zaini

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini mendedahkan bintang popular India, C. Joseph Vijay, menjadi inspirasi utama untuknya memilih bidang lakonan sejak berusia 12 tahun.
  • Irfan berpeluang berlakon bersama Vijay dalam beberapa filem termasuk The Greatest of All Time (GOAT) dan Jananayagan, yang dianggap pengalaman istimewa baginya.
  • Irfan akan membintangi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan, yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh, dan akan ditayangkan September ini.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini mendedahkan bintang popular India, C. Joseph Vijay menjadi antara individu yang mendorongnya memilih bidang lakonan sebagai kerjaya.

Menurut Irfan, semuanya bermula ketika dia berusia 12 tahun apabila berpeluang berlakon bersama Vijay yang ketika itu turut memberikan kata-kata semangat terhadap bakatnya.

Advertisement

“Dia adalah sebab saya masuk bidang lakonan. Masa umur 12 tahun, saya dapat berlakon dalam filem dia.

“Waktu kecil dia pernah cakap, ‘Saya rasa awak ada potensi. Awak boleh jadi pelakon yang bagus’,” katanya.

Selepas 18 tahun, Irfan kembali bertemu Vijay menerusi filem The Greatest of All Time (GOAT) sebelum menunjukkan foto lama mereka bersama bagi mengingatkan kembali pertemuan tersebut.

Advertisement

“Saya tanya, ‘Abang ingat tak budak kecil ini?’. Mestilah dia tak ingat. Jadi saya tunjuk gambar dan dia terkejut.

“Dia tanya, ‘Ini awak? Jadi awak betul-betul dah jadi pelakon?’. Saya cakap, ‘Ya bang, saya dah jadi pelakon’,” ujarnya.

Bagi Irfan, peluang kembali bergandingan dengan Vijay termasuk menerusi Jananayagan merupakan pengalaman cukup istimewa memandangkan aktor tersebut mempunyai pengaruh besar dalam industri perfileman India.

“Memang ‘unbelievable’ dan ‘surreal’. Vijay bukan orang biasa, dia antara figura besar di India.

“Saya bersyukur sebab dapat berlakon dengan dia tiga kali,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Irfan bakal menggalas watak utama menerusi filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem tersebut turut dibintangi Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim serta bakal menemui penonton di pawagam September ini.

Anda mungkin berminat dengan

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

Dreamtale Women Printed Pyjamas Set Wear Short Sleeve Shirt & Long Pants Sleepwear Night Wear Baju Tidur Wanita WCO326

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

Must Watch Video

Advertisement