Skip to main content

Hiburan

Awal Ashaari Titip Ucapan Istimewa Sempena ‘Anniversary’ Ke-14 Buat Scha Alyahya - “In Every Version Of Us, I’d Still Choose You”

Awal Ashaari

Sekilas

  • Awal Ashaari berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-14 bersama Scha Alyahya di Threads.
  • Awal meluahkan rasa cinta dan menghargai kekuatan Scha dalam menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perkahwinan mereka.
  • Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lyla Amina.

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari berkongsi ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta yang juga pelakon, Scha Alyahya.

Menerusi perkongsian di Threads, Ahmad Awaluddin Ashaari meluahkan rasa cinta terhadap Scha sepanjang 14 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

Ujar Awal, perjalanan mereka sebagai suami isteri bukanlah sentiasa mudah, namun setiap fasa yang dilalui itu sedikit sebanyak telah mengukuhkan lagi rumah tangga mereka.

“14 tahun… dan entah bagaimana you still feel like home.

“Kita bukan saja melayari hari-hari yang indah tetapi berdepan juga momen sukar yang telah membentuk kita,” luahnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Impak Maksima ini turut menyatakan bahawa dia akan tetap memilih Scha dalam apa jua keadaan.

Ujarnya, Scha merupakan individu yang sentiasa menjadi kekuatan dalam kehidupannya.

“Kita pernah terjatuh dan kita saling mencintai dan dalam setiap apa jua keadaan, aku tetap akan memilihmu.

“Awak adalah kekuatan saya dan alasan untuk saya selamanya menjadi milik awak.

“This is our story and I’d live it all over again with you. Happy anniversary, my love,” luahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan Awal dan Scha.

Untuk rekod, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Lara Alana, 12, dan Lyla Amina.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement