Skip to main content

Hiburan

Aweera, Aepul Roza & Fiq Halim Bergabung Dalam Trilogi Showcase Julai Ini

Astro Gempak 439

Sekilas

  • Aweera, Fiq Halim, dan Aepul Roza akan tampil dalam konsert ‘Trilogi’ dengan gabungan tiga gaya vokal berbeza di Big Pillars Hall, UPM.
  • Konsert ini menawarkan suasana intim dengan kapasiti terhad kepada 1,000 penonton dan tiket dijual dalam tiga kategori termasuk VIP dengan sesi meet and greet.
  • Projek Trilogi juga akan melancarkan single kolaborasi dan album EP berisi lima lagu baru sebelum showcase berlangsung.
Advertisement

Bagi peminat yang mengikuti Drama 15 Tahun The Concert sebelum ini, kemunculan semula Aweera dan Fiq Halim dijangka mengubat kerinduan selepas kedua-duanya menerima pujian menerusi kekuatan vokal dan aura persembahan mereka.

Namun kali ini, mereka tampil dalam format berbeza apabila tidak hanya tertumpu kepada repertoir Drama Band semata-mata.

Advertisement

Konsep ‘trilogi’ yang diketengahkan membawa simbol kekuatan tiga suara dalam satu persembahan, dengan Aweera hadir menerusi vokal rock bertenaga, Aepul Roza dengan nyanyian penuh jiwa, manakala Fiq Halim membawakan sentuhan moden yang segar.

Penonton juga bakal dibawa melalui pelbagai emosi menerusi gabungan lagu balada, karya hits yang mudah dinyanyikan bersama serta persembahan berenergi tinggi.

Berbeza dengan konsert berskala besar, lokasi di Big Pillars Hall, UPM dipilih bagi mewujudkan suasana lebih dekat dan intim antara artis serta peminat.

Lebih menarik, projek Trilogi turut bakal melahirkan sebuah single kolaborasi serta album EP mengandungi lima lagu baharu yang dijangka dilancarkan sebelum showcase berlangsung.

DSFGN

Bagi mengekalkan suasana eksklusif, kapasiti penonton dihadkan kepada hanya 1,000 orang.

Setakat ini, sebanyak 200 tiket ‘early bird’ dilaporkan habis terjual, manakala baki sekitar 800 tiket masih dibuka kepada peminat.

Tiket ditawarkan dalam tiga kategori iaitu VIP berharga RM289 yang turut merangkumi sesi meet and greet eksklusif bagi 100 pembeli terawal, kategori Normal (RM189) serta Standing (RM99).

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Must Watch Video

Advertisement