Skip to main content

Selebriti

Ayda Jebat Pilih Nama Anggun Mikayla, Dah Siap Buat Akaun Instagram - “Alhamdulillah, Lahirnya Seorang Puteri Yang Manis”

Ayda Jebat nama anak

Sekilas

  • Ayda Jebat selamat melahirkan anak ketiga, seorang puteri bernama Anggun Mikayla pada 26 Januari 2026.
  • Ayda berkongsi momen manis suaminya, Nabil Mahir, yang tersenyum memandang bayi mereka di Instagram.
  • Ayda juga membuka akaun Instagram khas untuk Anggun yang sudah mendapat lebih 1,000 pengikut.

Penyanyi, Ayda Jebat melahirkan rasa syukur selepas selamat bersalin anak ketiganya di sebuah pusat perubatan swasta pada Isnin.

Lebih istimewa lagi, Ayda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya turut berkongsi foto yang merakamkan momen suaminya, Nabil Mahir sedang tersenyum sambil memandang anak mereka.

Menerusi kapsyen ditulis, Ayde turut berkongsi nama pilihan yang amat cantik buat puteri mereka iaitu Anggun Mikayla.

“Assalamualaikum… Welcome to the world Anggun Mikayla. @anggunmikaylaofficial

“Alhamdulillah 26.01.26 lahirnya seorang puteri yang manis.. Terima kasih semua yang mendoakan. Sayang semua,” coretnya.

Dalam pada itu, Ayda juga turut mewujudkan satu akaun khas buat Anggun dan sehingga artikel ini ditulis, akaun berkenaan sudah menerima lebih 1,000 pengikut.

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021 dan Aali Mateen pada Disember 2023.
 

Must-Watch Video

Advertisement