Skip to main content

Hiburan

Ayda Jebat Puji Filem Malam Terlarang, Kata Plot Twist ‘Da Bomb’ - “Worth It Pergi Tengok”

dgffg

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat turut tampil memberikan pujian terhadap filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang, yang kini hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di platform Thread, Ayda memuji kekuatan visual, lakonan dan jalan cerita filem arahan Nurhanisham Muhammad atau Labu itu yang disifatkan berkualiti dan berbaloi ditonton di pawagam.

Advertisement

“Guys nanti ada time cepat pergi tengok filem Malam Terlarang kat cinema. Cinemato, love the look and feel of the movie, props setup & wardrobe saya suka giler!

"Also their acting semua best! Plot twist da bomb. Bukan paid review, but worth it pergi tengok. 8/10,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang bersetuju dengan pendapat Ayda, selain menganggap filem berkenaan antara karya seram tempatan terbaik tahun ini.

ferd

Filem Malam Terlarang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Normah Damanhuri dan Sabri Yunus, dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement