Skip to main content
Advertisement

Acara

Ayie Floor 88 Bakal Meriahkan 'Walk A Town With Me', Sasar Himpun 30,000 Peserta Di Pahang

ASTRO GEMPAK floor88

Sekilas

  • Penyanyi Ayie Floor 88 akan memeriahkan siri jelajah 'Walk A Town With Me' Pahang 1st yang menyasarkan 30,000 peserta di sembilan lokasi seluruh Pahang.
  • Program bermula 12 Julai di KOMBES Kuantan dengan Ayie dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sebagai pembuka tirai.
  • Peserta akan menerima baju rasmi, pingat penamat, dan berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan bertuah sepanjang jelajah.
Advertisement

Penyanyi popular, Ayie Floor 88, bakal memeriahkan siri jelajah 'Walk A Town With Me' Pahang 1st, program komuniti berskala besar yang menyasarkan penyertaan seramai 30,000 peserta dari seluruh negeri Pahang.

Program anjuran Majlis Belia Negeri Pahang itu akan berlangsung di sembilan lokasi terpilih termasuk Kuantan, Maran, Jengka, Bentong, Kuala Lipis, Pekan, Indera Mahkota, Bera dan Temerloh.

Advertisement

Sebagai pembuka tirai, Ayie akan bergandingan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam program yang dijadual berlangsung pada 12 Julai di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang (KOMBES), Kuantan, bermula jam 7.30 malam hingga 11 malam.

Menurut Ayie, dia berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan masyarakat.

"Saya mengajak seluruh rakyat Pahang dan peminat Floor 88 untuk turun beramai-ramai menyertai 'Walk A Town With Me'. Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga dapat mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan kaki.

"Insya-Allah saya akan bersama Tok Wan pada 12 Julai di KOMBES, Kuantan dan saya harap dapat bertemu anda semua di sana. Jom kita sama-sama meriahkan program ini dan tunjukkan semangat rakyat Pahang," katanya.

'Walk A Town With Me' dianjurkan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan aktiviti berjalan kaki sebagai rutin harian, selain memperkenalkan budaya, warisan dan keunikan setiap daerah di Pahang.

Advertisement

Pada masa sama, program itu turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai lapisan usia melalui aktiviti riadah yang santai dan sihat.

Setiap peserta yang mendaftar bakal menerima baju rasmi program serta pingat penamat (finisher medal). Penganjur turut menyediakan pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah sepanjang siri jelajah berlangsung.

Maklumat lanjut mengenai lokasi jelajah dan pendaftaran akan diumumkan menerusi saluran rasmi Pahang 1st.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

Must Watch Video

Advertisement