Skip to main content

Hiburan

Azar Azmi Kembali Menerusi Drama ‘Bulan Henti Bicara’ Selepas Tujuh Tahun - “Saya Ambil Masa Seminggu Untuk…”

Azar Azmi

Sekilas

  • Azar Azmi kembali berlakon selepas tujuh tahun berehat dengan watak Faziah dalam drama Bulan Henti Bicara yang mula disiarkan di Astro Ria malam ini.
  • Video pengumuman kemunculan semula Azar di TikTok mendapat lebih sejuta tontonan dalam masa kurang 24 jam.
  • Drama ini mengisahkan Zulfa yang menghadapi penderaan mental dan fizikal, dan turut menampilkan pelakon hebat lain serta diarahkan oleh Eyra Rahman.
Advertisement

Selepas tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan, pelakon Azar Azmi akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Bulan Henti Bicara yang akan mula bersiaran di saluran Astro Ria malam ini.

Kemunculan semula Azar itu pastinya akan mengundang perhatian ramai apabila video mengenai pengumuman pembabitannya di TikTok telah meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Advertisement

Bukan sekadar membuat kemunculan semula, Azar turut membawakan watak Faziah yang sarat dengan emosi dan cabaran.

Menurut Azar, dia mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat keputusan sama ada mahu menerima tawaran watak tersebut kerana merasakan ia bukan satu karakter yang mudah dibawakan.

“Saya mengambil masa seminggu untuk memberi jawapan menerima watak Faziah yang diberikan. Untuk jadi Faziah bukan mudah kerana dia mengharapkan kasih sayang tetapi tidak dapat. Untuk menerima watak ini, saya diyakinkan sendiri oleh penerbit, pengarah dan pasukan kerja.

“Alhamdulillah saya dapat bekerjasama dengan kak Eyra. Kak Eyra sebagai pengarah sangat membantu untuk membentuk seorang Faziah dan menjadikan apa yang penonton lihat pada hari ini,” kongsinya.

Diadaptasi daripada novel karya Rissa Hdiya, drama ini mengisahkan perjalanan hidup Zulfa yang terperangkap antara tanggungjawab sebagai anak dan isteri, selain berdepan penderaan mental serta fizikal dalam rumah tangga.

Selain Azar, drama arahan Eyra Rahman ini turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Ezzanie Jasny, Azhan Rani, Ali Reza, Farah Ahmad, Hushairy Hussein, Azri Iskandar, Qireen Din, Myra Afrina, Qaseh Izwandy, Qaiyum Aiesha, Nik Ramly @ Poknik, Qistina Rania dan Rafique Iskandar.

Jangan lupa untuk saksikan drama Bulan Henti Bicara yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam menerusi Astro Ria dan turut boleh distrim di sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement