Skip to main content

Selebriti

Azhan Rani Kagumi Ahmad Tarmimi Siregar, Miliki Suara Jantan Yang Mahal - “Hero Malaya Kesukaan Aku Sejak Bangku Sekolah…”

Azhan Rani Kagumi Ahmad Tarmimi Siregar, Miliki Suara Jantan Yang Mahal - “Hero Malaya Kesukaan Aku Sejak Bangku Sekolah…”

Sekilas

  • Azhan Rani mengagumi aktor veteran Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sebagai figura seni dan 'hero Malaya' sejak di bangku sekolah.
  • Azhan pernah berlakon bersama Ahmad Tarmimi dan memuji bakat serta keperibadiannya yang mudah mesra walaupun wajahnya serius.
  • Azhan turut gembira mengetahui Ahmad Tarmimi menyertai pertandingan Kilauan Emas Selebriti dan mengakui beliau mempunyai pengalaman luas dalam seni lakon, nyanyian, dan pengacaraan.
Advertisement

Pelakon, Azhan Rani mengakui aktor veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar merupakan antara figura seni dan ‘hero Malaya’ yang paling dikaguminya sejak di bangku sekolah.

Menurut Azhan, karya lakonan Ahmad Tarmimi seperti Pemburu, Puteri, Matinya Seorang Patriot, Abang dan Anak Sarawak masih menjadi tontonan kegemarannya sehingga kini.

“Antara hero malaya kesukaan aku sejak bangku sekolah lagi. Pemburu, Puteri, Matinya Seorang Patriot, Abang, Anak Sarawak dan banyak lagi semua tu masih tak jemu kalau aku ulang tonton.

Advertisement

“Berlakon best, menyanyi bagus, bercakap biasa biasa pun dah sedap. Suara jantan yang mahal. Dulu dia sebut Nescafe dalam iklan radio pun aku teruja,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Azhan memaklumkan dia juga pernah berkongsi pernah berkongsi layar dengan Ahmad Tarmimi dalam beberapa drama.

Pada ketika itu, Azhan berkata dirinya berasa gementar ketika berlakon bersama aktor hebat berkenaan kerana wajahnya yang serius.

Bagaimanapun, selepas mengenalinya dengan lebih dekat, Azhan menyedari Ahmad Tarmimi sebenarnya seorang yang mudah mesra.

“Pernah juga berkesempatan kongsi frame dalam beberapa drama bersama beliau. Dulu aku gigil sebab muka dia serius.

“Orangnya handsome bergaya dari dulu. Sentiasa jaga penampilan. Lama-lama kenal baru sedar dia punya masuk air boleh tahan juga.

“Kebetulan drama kami #wariskampungsemarahpadi sedang diulang tayang di tv1 sekarang. Aku panggil dia ayah tuan besar dalam drama tu,” kongsinya.

Dalam pada itu, Azhan turut meluahkan rasa gembira selepas mengetahui Ahmad Tarmimi menyertai pertandingan Kilauan Emas Selebriti (KES).

Malah, Azhan menyifatkan Ahmad Tarmimi bukan sahaja hebat dalam lakonan, malah mempunyai bakat dalam bidang nyanyian serta suara yang dianggapnya ‘mahal’.

“Jujur cakap bila aku tau dia masuk pertandingan #KES ini aku terus whatsapp dia. Datuk saya ucapkan tahniah in advance.

“Dia tak kosong, ilmu dan pengalaman pentas, lakonan, pengacaraan, pengarahan, tari dan nyanyian penuh dalam poket dia.

“Tahu tak rasanya dalam semua peserta KES ni dia sorang je yang pernah ada album sendiri, haaa now you know.

“Happy dapat jumpa datuk. Jaga kesihatan, jaga makan, make sure dapatkan tidur yang cukup. Tak payah stress stress. Just enjoy the show and the stage is yours,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement