Skip to main content

Selebriti

Azhan Rani Luah Rasa Kecewa Isu Cikgu Disaman Hanya Sebab Disiplinkan Pelajar - “Semoga Guru Masih Di Tempat Tertinggi Yang Selayaknya…”

Azhan Rani Luah Rasa Kecewa Isu Cikgu Disaman Hanya Sebab Disiplinkan Pelajar

Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa kecewa terhadap insiden melibatkan dua orang guru yang dilaporkan telah disaman serta dipaksa membuat permohonan maaf selepas mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar mereka.

Menurut Azhan, isu saman terhadap guru yang cuba mendisiplinkan pelajar merupakan perkara yang menyedihkan dan memberi kesan mendalam kepada dirinya.

Advertisement

“Entahlah… Bila terbaca pasal dua cikgu disaman dan kena minta maaf sebab mendisplinkan pelajar dia. 

“Taip padam taip padam aku kat sini. Teringat cikgu-cikgu aku dulu. Aku pun bukan budak ulat buku masa jadi student dulu. 

“Macam macam nakal aku buat. Orang masuk library study, aku masuk library sebab ponteng kelas math, usha awek. 

“Takat rotan, kena jerit, berdiri atas kerusi, kena denda tulis karangan, ketuk ketampi, jalan itik, lari keliling padang tu biasa. 

“Namun nak mengadu dekat mak abah memang tak lah. Betul ke salah kalau mengadu pun kena balik dekat aku juga. Dah memang aku nakal pun.

“Tak tahu lah apa kisah sebenar isu ini. Tapi sampai cikgu disaman dan kena minta maaf kat masyarakat sesuatu yang menghiris hati aku,” luahnya.

Dalam hantaran yang sama, Azhan turut menzahirkan penghargaan kepada semua guru yang pernah mendidiknya dan mendoakan agar mereka terus diberikan kekuatan dalam mendidik para pelajar.

“Semoga guru mash lagi di tempat tertinggi yang selayaknya. Semoga diberi kekuatan buat seluruh mereka yang bergelar guru. 

“Aku cuma pernah rasa jadi cikgu dalam drama je. Sepak terajang dunia pendidikan ni mengadap kerenah gen z, gen alpha ni hanya mereka yang tahu.

“Teringat balik posting lama aku tahun 2019 dulu, masa shooting telemovie #terimakasihibu sebagai cikgu displin.

“Buat semua yang pernah jadi cikgu saya dulu, semoga Allah berikan darjat tertinggi dunia dan akhirat buat mereka. terima kasih cikgu,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Azhan:

Must-Watch Video

Advertisement