Skip to main content

Hiburan

Azhan Rani Tegur Sikap Gemar ‘Attack’ Artis Dalam Isu Semasa - "Kalau Nak Menunggang Isu Nak Popular, Awak Je La..."

Astrogempak AZHAN

Sekilas

  • Azhan Rani kesal dengan serangan terhadap artis setiap kali isu kemanusiaan atau kebajikan haiwan timbul.
  • Azhan menegaskan isu sayangkan haiwan bukan untuk dijadikan bahan meraih populariti atau menyerang selebriti.
  • Beliau berharap masyarakat menghormati cara individu menunjukkan keprihatinan tanpa memaksa semua orang bersuara sama.
Advertisement

Pelakon, Azhan Rani meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menyerang artis setiap kali timbul isu semasa melibatkan hal kemanusian atau kebajikan haiwan.

Menerusi hantaran di Threads, Azhan berpendapat isu melibatkan kasih sayang terhadap haiwan tidak seharusnya dijadikan bahan untuk meraih populariti atau menyerang mana-mana selebriti.

Advertisement

“Dia gini, kalau nak menunggang isu nak popular, awak je la jadi artis. Ini isu kemanusiaan. Isu sayangkan haiwan.

“Apa benda nak attack artis. Bukan artis yang masuk parlimen. Selama ni pun negara ni ditadbir bukan ikut suara artis pun," tulisnya.

Pada masa sama, pelakon itu turut berharap masyarakat lebih menghormati cara individu lain menunjukkan keprihatinan mereka terhadap sesuatu isu tanpa perlu memaksa semua orang bersuara dengan cara yang sama.

“Biar yang bersuara itu dari hati ikhlas sebab cinta dia kepada makhluk Allah. Bukan sebab nak popular atau tambah populariti.

“Jangan ditekan-tekan. Diam, tak semestinya dia tak sayang haiwan. Ikut cara masing-masing,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Azhan Rani.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement