Skip to main content

Hiburan

Azira Shafinaz Tertarik Dengan Lelaki Berusaha Untuk Pikat Hatinya - “Tapi Jangan Sampai Obsessed”

Azira Shafinaz

Sekilas

  • Azira Shafinaz lebih tertarik kepada lelaki yang berusaha memikat hati tanpa menjadi taksub.
  • Dia suka lelaki yang mampu mencipta perbualan menarik sehingga membuatkan dia tersenyum melihat telefon.
  • Azira juga menggemari lelaki yang mempunyai personaliti kelakar dan pandai membuat lawak.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mengakui dirinya lebih tertarik kepada lelaki yang berusaha untuk memikat hati dan menarik perhatiannya.

 

Advertisement

Menerusi temu bual dalam podcast Habis Cerita, Azira bagaimanapun menjelaskan usaha tersebut tidak seharusnya keterlaluan sehingga menjadi taksub.

 

Menurut Azira, dia lebih menyukai lelaki yang mampu mewujudkan perbualan menarik sehingga membuatkannya tersenyum sendiri ketika melihat telefon.

Advertisement

 

“Jika awak tanya, apa yang menarik perhatian saya… saya suka orang yang mengejar saya. Tapi kejar jangan sampai obsessed (taksub). 

 

“Tapi lebih kepada perbualan itu kena menarik la. Kalau awak tengok saya selalu dengan telefon, senyum-senyum itu… itulah dia,” kongsi Azira.  

 

Dalam pada itu, ahli kumpulan DeFam itu turut mendedahkan dia tertarik kepada lelaki yang mempunyai personaliti kelakar dan pandai membuat lawak.

 

“Saya suka lelaki yang pandai buat lawak… kelakar,” ujar Azira lagi. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement