Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman tidak ambil hati apabila diberi pelbagai gelaran oleh netizen gara-gara watak dalam naskhah yang dilakonkannya.
Terbaharu Aziz digelar sebagai ‘pakcik gatal’ dan ‘gangster’ kerana wataknya sebagai Yassir dalam drama Rumah Tanpa Luka.
Advertisement
Bagaimanapun, Aziz berkata dia tidak kisah tentang perkara itu kerana dia juga kini lebih dikenali dengan panggilan ‘bapa Ara’ selepas anaknya menyertai program Talk To My Manager baru-baru ini.
“Saya belum tengok watak itu, tapi saya buat semata mata Datuk Rosyam Nor panggil saya untuk karakter itu dan dia pun kawan saya.
“Jadi saya melakukan tanggungjawab dan atas arahan penerbit dan pengarah di dalam skrip itu. Sebenarnya macam macam dah orang panggil saya.
“Pakcik tak puasa lah, pak Jabit lah, pakcik gatal lah. Kemudian sekarang ini orang tak panggil saya Aziz M Osman lagi, orang panggil saya bapa Ara,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, figura seni berpengalaman itu mengambil perkara tersebut secara positif dan baginya, perubahan panggilan atau gelaran hanyalah satu fasa semula jadi dalam perjalanan kerjayanya yang telah lama bertapak dalam industri.
“Tidak kisah, saya terima seadanya. Maksudnya saya masih ada. masih diterima dalam industri dan masih dikenali.
“Cuma yang menjadi bezanya adalah posisi saya itu sahaja yang berubah dan apa apa pun saha tetap bersyukur,” ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Aziz merupakan bintang Muzikal Lawak Superstar (MLS5) bersama Ilham dan Acong yang membentuk kumpulan bernama Genzi.
MLS5 dikemudi oleh pengacara televisyen ikonik tanah air, Datuk AC Mizal.
Namun, kejutan terbesar musim ini terletak pada rombakan penuh barisan juri yang menampilkan wajah-wajah baharu iaitu pengacara versatil Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), pelawak dan pelakon popular Zizan Razak, bersama penyanyi dan pelakon wanita kesayangan ramai, Bella Astillah.
Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran secara langsung bermula 11 Oktober ini, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan
tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.