Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Aznil Nawawi Kongsi Rahsia Berjaya ‘Istiqamah’ Tinggalkan Tabiat Merokok Sejak 21 Tahun Lalu - “Pandang Muka Anak…”

Astro Gempak 520

Sekilas

  • Aznil Haji Nawawi berkongsi kisah berhenti merokok sejak 21 tahun lalu dalam satu perkongsian di Threads.
  • Rahsia kekal istiqamah tanpa kembali merokok adalah kerana semangat melihat wajah anak-anak sebagai motivasi utama.
  • Perkongsian Pak Nil mendapat pujian ramai atas keazaman dan semangatnya menjaga kesihatan demi keluarga.
Advertisement

Pengacara terkenal Aznil Haji Nawawi berkongsi kisah penghijrahannya meninggalkan tabiat merokok yang pernah menjadi antara ‘perangai buruk’ dalam hidupnya suatu ketika dahulu.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Aznil atau mesra disapa Pak Nil berkata dia sudah meninggalkan tabiat tersebut sejak 21 tahun lalu.

Advertisement

“Hari ini adalah hari melontar di Mina. Simboliknya, melontar perangai buruk dalam diri kita yang kita nak lontar jauh.

“Kongsikan perangai buruk korang. Me: Merokok. Ya, Paknil dulu perokok tegar. Dah lontar jauh 21 tahun yang lalu,” tulisnya.

dvf

Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian ramai termasuk seorang pengguna media sosial yang bertanyakan rahsia Pak Nil kekal istiqamah tanpa kembali merokok semula.

Advertisement

“Apa rahsia tak ada relapse?” soal pengguna tersebut.

Menjawab pertanyaan itu, Pak Nil berkata wajah anak-anak menjadi kekuatan terbesar buat dirinya untuk terus menjauhi rokok.

“Pandang muka anak. Bersedia ke mereka untuk hilang papa dia sebab sakit paru-paru?” jawabnya ringkas.

erg

Perkongsian pengacara berusia 63 tahun itu turut mendapat perhatian ramai yang memuji semangat dan keazaman dirinya meninggalkan tabiat merokok demi kesihatan serta keluarga tersayang.

“Terbaik Pak Nil.

“Alhamdulillah, tahniah Pak Nil.

“Bangga dengan pak nil sebab berjaya berhenti merokok,” komen beberapa netizen. 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement