Sekilas
- Azza Elite meluahkan kemarahan terhadap seorang lelaki yang didakwa mengintai wanita di dalam surau ketika mereka membetulkan tudung dan pakaian.
- Seorang wanita yang berada di situ berasa takut dan mendapatkan perlindungan daripada Azza selepas kejadian itu berlaku.
- Netizen turut meluahkan rasa geram terhadap tindakan lelaki tersebut di ruangan komen hantaran Azza di Threads.
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite meluahkan rasa berang dengan tindakan seorang lelaki yang didakwa mengintai wanita di dalam surau.
Menerusi satu hantaran di Threads, Azza atau nama lengkapnya Noor Azzarima binti Zawari, lelaki terbabit dipercayai mengintai wanita yang sedang membetulkan tudung dan pakaian di ruang surau.
Menurut Azza, situasi itu menyebabkan salah seorang wanita yang berada di lokasi berasa takut sebelum mendapatkan perlindungan daripadanya.
"Weiiii syaiton betul jumpa pervert dekat dalam surau. Hantu intai kami gigirls sambil pegang 'bebed'. Ada video dia. Gigirl tu takut sambil lari dekat Kak Za. Aku pula, gengster Kampung Pisang, terus berdehem dan cakap, 'Woi, blah ko!'. Ni dalam surau tu.
"Semua gigirls mestilah ada yang free hair nak betulkan tudung dan sebagainya. Kang kau ni viral secara percuma je. Miang sangat!" tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan lelaki berkenaan.
Berikut perkongsian penuh Azza Elite: